Wednesday, December 5, 2012

Yakini Hati Takdir Ilahi



"Kadang-kadang ALLAH swt sembunyikan matahari, Dia datangkan petir & kilat, kita menangis & tertanya2 kemana hilangnya sinar tetapi rupa2nya ALLAH swt nak hadiahkan kita pelangi ;)"


"Andai kau memerlukan kekasih, maka pilihlah Allah. Kiranya kau memerlukan teman sejati, maka dampingilah al-Quran, andai kau memerlukan kekuatan dalam kehidupan, maka tawakkal kepada Allah dengan penuh kesabaran. Teguhkanlah keyakinan kepadaNYA..
Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu hak istimewa dari Allah. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga."

Hari-hari diteruskan seperti biasa. Kadang-kadang hidup memerlukan motivasi dari diri sendiri utk memasakkan azam yg kadang-kadang cpt sgt utk terpesong. Azam itu pernah suatu ketika membuatkan diri berkobar kobar utk berubah. Pernah juga azam itu membuatkan aku jadi kuat utk menepis pelbagai jenis ujian yg dtg. Namun pernah juga azam itu jadi luntur dek kerana terlalu memikirkan keseronokkan dan kebahagiaan dunia.

 Ya Allah mohon Kau pasakkan sekukuhnya azam ini dalam diri agar hidayahMu masih mampu aku rasai. Hidup ini ada kalanya susah untuk memujuk hati. Bukan memujuk hati orang tetapi hati sendiri. Sebab antara kehendak hati dan akal saling bergelutan. Tidak cukup dengan itu, antara kehendak hati dan takdir Allah yang cukup baik itu juga hebat bersaing. Dan akhirnya, yang menang adalah ketetapan takdir Allah yang sudah tertulis di sana. Di Luh Mahfudz.


Allah dah bagi peringatan supaya kita menjaga perhubungan sesama lawan jenis. Hmm, tapi susah kita nak faham (termasuklah orang yang menulis ni)

"awak jgn buat saya terlalu gembira denga perhatian yg awak berikan pada saya.tolonglah. Saya xbolah nak elak dari menyenanginya". Antara cntoh dialog yg kerap kali membuatkan diri terleka..

Bukannya apa, kadang-kadang orang tu layan kita sama je macam kawan dia yang lain. tapi disebabkan hati perempuan ni mudah tersentuh, kita pun dah start sayang and etc etc pada kawan tu. Tapi sebenarnya dia biasa-biasa je. So girls, beware. The heart is fragile, so handle with care. =)

Mencintai dan dicintai. Fitrahnya, suatu kemestian buat seorang insan. Hadirnya perasaan ini mungkin di kala ketidakmatangan dalam menilai cinta yang sejati. Namun, saat hati sudah pulang kepada Tuhan, cinta itu kembali bertandang dan berbunga semula. Ia mengundang 1001 kecelaruan.

Kenangan manis mahu pun sejarah hitam begitu asyik berputar menenggelamkan prinsip "bercinta selepas nikah". Bukan mudah diusir. Bukan mudah melupakan. Hanya Allah yang Maha Tahu betapa sengsara dan laranya hati menanggung seksa keseorangan.


Buat mereka yang pernah bercinta dan mahu berubah, kembali kepada yang lebih berhak, TAHNIAH!
Buat mereka yang sedang derita dan bermuhajadah dalam kecelaruan cintanya, TAHNIAH!
Buat mereka yang tidak putus asa berusaha untuk mencari cinta Tuhan semula, TAHNIAH!
Buat mereka yang terseksa dengan amukan nafsu cinta remaja dan kini sedang mengubatinya, TAHNIAH!

TAHNIAH dan pujilah diri!
Itu adalah satu kebanggaan! Satu kehormatan yang tertinggi daripada mereka yang tidak pernah bercinta. Untungnya mereka ini, pernah merasa syoknya bercinta dan deritanya bercinta. Mujahadah yang paling besar buat seorang hamba adalah melawan nafsunya sendiri!

Kita baru kembali dari satu peperangan yang kecil untuk memasuki peperangan yang lebih besar. Sahabat terkejut dan bertanya, "Peperangan apakah itu wahai Rasulullah?". Baginda berkata, "Peperangan melawan hawa nafsu." (Riwayat Al Baihaqi)

Dalam Ihya Ulumuddin, Imam Al-Ghazali juga ada menyatakan :

"Antara tanda kecintaan hamba kepada Allah ialah dia mengutamakan perkara yang disukai Allah daripada kehendak nafsu serta peribadi, sama ada dalam aspek zahir atau batin. Oleh itu seseorang yang mencintai Allah sanggup memikul kerja-kerja yang sukar serta sanggup melawan hawa nafsunya kerana Allah. Dia tidak akan sanggup melakukan sesuatu yang maksiat."

PUJUKLAH DIRI, LEPASKAN DIA PERGI

Hasil didikan (tarbiyyah) cinta dusta mengajar kita untuk tidak berpaling ke lembah hina itu lagi. "Putus cinta dan mahu bercinta kembali" perlu dibuang jauh-jauh. Nyahkan dari otak! Hapuskan dari hati!


Lihatlah wahai hamba kesayangan Allah, Allah mahu ajar kita, mahu didik kita, mahu tarbiyyah diri kita, betapa cinta sebelum nikah adalah hina. Mudahnya diri terperangkap dalam noda dan dosa. Asmara itu tidak bernafsu ketika akad. Kerana kesuciannya telah dibunuh hidup-hidup oleh kata-kata manis sang jejaka.

Cubalah renungkan kembali. Air mata kita begitu murah hanya kerana cinta manusia! ika dirinya hadir melintasi kepala otak, ambillah sejadah, rendahkan dahi menyembah bumi, ciumlah haruman syurga segar mewangi sedang menanti doa-doamu sebagai tetamunya. Allah SWT, Tuhan kita yang telah lama dipinggarkan juga tidak putus menunggu air mata untukNya. Ketagih berbicara dengan hambaNya dengan taubat dan penyesalan yang mendalam.

Biarlah doa ini menjadi ingatan dalam hati ,moga diperkenankanNYa.

"ya allah, engkau piliharalah hati ini, janganlah engkau biarkn ia rapuh dan bertaut pade mereka yg bukan jodoh bagiku, selagi belum tiba waktunya.Engkau kuatkanlah hati meneruskan kehidupn sebagai hambamu.Tanpa terpesong ke lembah yg haram bagiku"
   
                                                   dan
kata kata ini menjadi pegangan hatiku
  
"Apa lah nilainya CINTA pada MANUSIA
andai CINTA dan RINDU pada RASULULLAH SAW
tak pernah kita BALAS"




kenapa lemah itu datang menyapa?
aku mahu percaya
Allah punya rahsia
dan lemah itu ada hikmahnya
lemah jangan dibiar selamanya

hati itu begitu mulia
mahu menjadi hamba yang lebih baik
bahagia aku mendengarnya
tuturan ikhlas terpancar dari nurani
yang kembali mahu mencari
jalan kepada Ilahi

dapatkah aku menyuluh jalan
membimbing hati yang mahu kembali?

aku jua punya hati
aku takut untuk gagal
ak takut langkahku mati
kenapa rasa itu hadir dalam diri?
kala kau mahu menyeru pada Ilahi??

kuatkan aku ya Rabbi..
jangan kau biar aku kelam dalam sepi

dengan rahmat-Mu Ilahi
tautkanlah hati-hati ini

tetapkan hati ku ya Rabbi
Yakin ak akan takdir terindahMu





2 comments:

  1. suka baca entri ni... hakikat seseorang yang memiliki sekeping hati. Semoga nama-Nya di tempat teratas di dalam hati.

    ReplyDelete
  2. insyaallah, sesunguhnya CintaNYA not limited :)

    ReplyDelete