Thursday, June 27, 2013

Saat Itu Pasti Tiba

Assalamualaikum..
dengan lafaz bismillahirahmanirahim dengan nama allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..dan selawat dan salam kepada junjungan kita nabi Muhammad s.a.w serta kepada sahabat dan keluarga baginda.

malam jumaat ini ana duduk berehat sambil menonton Tv..cuba rehatkan diri selepas berhempas pulas selama sebulan untuk final exam ada di semester 6. Alhamdulillah ana panjatkan syukur kepadanya..segala galanya berakhir dengan baik dan ana terasa  amat amat berpuas hati  kerana telah berusaha sebaik mungkin untuk ujian kali ini. Airmata yang jatuh saat jatuh,saat peritnya berjuang, saat sayu mengenang pengorbanan ummi telah ana tebus, 
insyaallah kini ana hanya mampu berdoa dan bertawakal padaNya
moga moga keputusan kali mencapai target.
amin.

sambungan balik dari selingan sebentar tadi ye =)
ana ada menonton televisyen siaran tv9 
tajuk "saksi maut"
nak tahu siapakah yang maut itu
hamba allah itu ialah
"almarhum Ustaz Asri Rabbani"
allahu akbar..
namannya sehebat orangnya jua
pengorbanan dan jasa jasanya dalam industri nasyid dan ummah amat dikenang..
ana benar benar kagum dengan arwah, menonton "saksi maut" malam itu buat bulu roma ana meremang permergian arwah amat menakjubkan mungkin arwah salah seorang hamba allah yang mempunyai "hubungan Istimewa denga Sang Percipta"
arwah dikatakan rebah ketika sesi rakaman bersama anggota rabbani yang lain..dan arwah seperti tidur sahaja saat itu..tenang di pandangan sahabat sahabatnya,
dan ketika menguruskan jasad arwah...mukanya berpeluh peluh.

Tentang tanda-tanda samada seseorang itu akan mendapat kebajikan atau tidak, terdapat 
hadis Rasulullah saw dari Salman Al Farisi yang bermaksud: 

"Perhatikanlah tiga perkara kepada orang yang sudah hampir mati itu: 

Pertama: berpeluh pada pelipis pipinya 

Kedua: berlenang air matanya dan 

Ketiga: lubang hidungnya kembang kempis 

Itu adalah tanda bahawa rahmat Allah sedang turun dan dirasai oleh orang yang hampir mati itu. Sebaliknya jika ia mengeruh seperti tercekik, air mukanya nampak gelap dan keruh dan mulutnya berbuih, ini menandakan azab Allah sedang menimpa dia." 
(Hadis riwayat Abdullah, Al-Hakim dan At-Tarmizi) 



Amatlah beruntung seseorang itu sekiranya dia mati dalam keadaan khusnul khatimah (kebajikan) dan adalah menyedihkan sekiranya dia mati dalam keadaan suul-khatimah. 

moga arwah tenang di sisi Sang Mulia, ana terfikir subhanaallah Maha Suci ALLAH cuba kita bayangakan setiap kali video video 
nasyid nasyid Ketuhanann arwah didengarkan..mengalir bagai aliran sungai saham untuk arwah di alam sana..arwah pula banyak merekodkan lagu lagu berkonsepkan ketuhanan ditambah pula dengan album album zikirnya..
lagu nasyid arwah yang ana sangat suka "pergi tak kembali" dan "apa milik Kita"...allahu akbar jika didengarkan benar benar menginsafkan diri..molek untuk muhasabah diri..
dan 
tulis ini penulisan arwah di blognya


“Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku..
 ..::Almarhum Ustaz Asri Rabbani::...
alfatihah utuk arwah

allahu rabhi, urusan arwah dah selesai
urusan kita bagaimana pula???


apa yang anda fikir tentang kematian???
sudah bersediakah kita tuk berdepan dengannya??
apa sudah cukup kah bekalan kita diatas dunia ini tuk kita bawa ke alam sana?? 
hurm, kalau ditanya pada ana juga  tentunya belum cukup segala amal yang ana ada tuk menghadap Nya.. 
bahkan kalau dihitung barangkali tiada apa2 untukku persembahkan pada Mu ya Allah, terlalu banyak dosa yang dilakukan hambaMu ini diatas muka bumi ini... sungguh ku tak layak untuk memohon syurgamu ya Rabb namun ku juga tak sanggup tuk melangkah ke nerakaMu dan kini ku hanya mampu mengharapkan pada PengampunanMu atas segala dosa2 yang telah ku lakukan...

cuba kita sama sama muhasabah diri dengan berfikir macam mana agaknya kalau diriku DIJEMPUT tuk bertemuMU Ya ALLAH disana sedangkan ku masih leka dengan mainan dunia!!
 adakah setiap amalan2 ku selama ini diterima ya Allah atau tiada langsung yang dapat membantuku disana kelak! 

Ya Allah hidupkanlah aku dalam Islam, jadikan aku hambaMu yang bersyukur diatas segala kurniaanMu, tetapkanlah hatiku dalam keimanan dan agamaMu, dan jikalau kematian itu adalah yang terbaik bagiku maka matikanlahku dalam iman... ameen ya Rabb...

"tiap-tiap yang bernyawa pasti akan merasakan kematian. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sahajalah disempurnakan pahala kamu" (Ali Imran : 185)

"kami tidak menjadikan hidup abadi bagi seseorang manusia pun sebelummu (Muhammad) maka jikalau kamu mati, apakah mereka akan kekal?" (al-Anbiya' : 34)

"semua yang ada dibumi itu akan binasa" (al-Rahmaan : 26)

Moga-moga kita akan menemui Allah dalam keadaan khusnul khatimah dan dalam limpahan rahmat dan keampunanNya.
"biarlah dalam denyut nadi gentar jantung itu ada namaNYA"
insyaalllah moga bertemu di lain masa
wa ilal liqa' mas'as salama

Sunday, June 23, 2013

Jerebu dan Ad-Dukhan

Assalamualaikum..
dengan lafaz bismillahirahmanirahim dengan nama allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..dan selawat dan salam kepada junjungan kita nabi Muhammad s.a.w serta kepada sahabat dan keluarga baginda.

Ana berharap dan berdoa agar sahabat sahabat dan orang yang dikasihi sihat setiasa dan berada dalam lindungan ALLAH SWT hendaknya..

apa yang ana ingin kongsikan kali ini ialah "jerebu dan surah Al_dukhan..
ana perasaan sejak akhir akhir ini terlalu banyak dugaan ALLAH yang datang menimpa umat nabi muhammad saw
( astafiruallahazim)..mungkin ini kafarah dosa dosa kita..
belum selesai isu GAZA, kini heboh dengan isu SYIAH di Syria..
allahu rabhi..
benarlah kita kini berada di Dunia akhir zaman.
peperangan demi peperangan berlaku


Daripada Abu Hurairah r.a., 
bahawasanya Rasulullah saw. bersabda,
 "Hari qiamat tidak akan terjadi sehingga melimpah ruah harta benda dan timbul fitnah (ujian kepada keimanan) dan banyak berlaku 'al-Harj'". Sahabat bertanya, "Apakah al-Hajr itu hai Rasulallah"? Nabi saw. menjawab, "Peperangan demi peperangan demi peperangan"

tidak selesai dengan ujian ini, ALLAH SWT menguji kita dengan 
balanya "jerebu"
dalam berjalan melihat langit allah , melihat kebesaranya ana terfikir, tidak akan terjadi sesuatu perkara itu tanpa sebab dan hikmahnya yang tersendiri tanpa pengetahuan dan kebijaksanaa aturan ALLAH swt.

ana ada terbaca dalam facebook, bahawa jerebu itu telah pun disebut dalam Qalamnya..dalam surah ke 44 surah AL-DUKHAN
sedikit analisis ana buat untuk melihat dan mencari kebesaraan ALLAH SWT dan mungkin untuk muhasabah diri 
mengapakah hal ini terjadi???




Dukhan bermaksud asap, 
contohnya kalau dilarang merokok tu dalam arab disebut mamnu' at-tadkhin dari kata dukhan
 (kan rokok itu berkepul-kepul asapnya). Dan mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa salah satu daripada tanda-tanda kiamat ialah terbitnya dukhan, ataupun boleh kita katakan jerebu/asap/kabus. 
allahurabhi...jika dikaji kaji, makin terasa dunia ini adalah sementara sampai masa kembali jua kita kepada DIA
persoalaanNYA
bersediakah KITA???



Surah ini dinamakan Ad-Dukhan kerana Allah menjadikan asap tebal seperti kabus hitam yang menutupi langit menyebabkan cuaca gelap bagi mempertakuti atau memberi peringatan kepada yang tidak mahu percaya kepada hari kiamat dan pembalasan; sebagaimana yang Allah nyatakan dalam ayat 10 dalam surah ini. 

"Oleh itu tunggulah (wahai Muhammad) semasa langit membawa asap kemarau yang jelas nyata (yang menyebabkan kebuluran yang dahsyat)" [Surah Ad-Dukhan, ayat ke-10]

dan ana terbaca satu hadith: 
Imam Muslim meriwayatkan dari Hudzaifah RA

Kiamat tidak akan terjadi hingga kalian melihat 10 tanda. lalu baginda menyebut antaranya jerebu. (Muslim, #2901).

dan
Kata Imam Nawawi dalam syarhnya, jerebu yg menandakan Kiamat akan
berlansung selama 40 hari. ia membawa kesan selsema dan sesak nafas
kepada orang mukmin dan menimpakan musibah besar kepada kaum kuffar
dan haiwan. (syarh Muslim oleh Nawawi jld 18. "


ALLAHU AKBAR
ALLAH Ya Maha Besar
telah diceritakan dalam Qalamnya
bahawa setiap bala yang menimpa umat nabi muhammad itu disebabkan oleh perbuatan manusia juga

Firman Allah dalam surah As-Syura, ayat 30 maksudnya,
 “Dan musibah apa pun yang menimpa kamu adalah kerana perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan banyak (dari kesalahan-kesalahanmu).”

 ayat ini yang membawa maksud yang sama diulang beberapa kali dalam al-Qur’an. Berapa banyakkejadian bencana seperti banjir, tanah runtuh, ketidak-tentuan cuaca; itu semua terbukti akibat dari tindakan manusia yang merosakkan alam.
baru- baru ini  juga ada terbaca dalam page 
"bercouple itu haram"
allahurabhi, dengan namaMu
"AS-SYAHID" yakni Maha Menyaksikan 
tidak ada satu pun akan terlepas pada pandangannya
allahu rabhi,

 Semua tanda tanda itu telah jelas..Jangalah kita menangguh untuk  bertaubat sahabat...Gantikan solat dan puasa yg tertinggal...banyakkan amal ibadat kerana masa itu semakin suntuk..berjuanglah kita bermujahada melawan hasutan syaitn dengan memohon bantuan dr Yg Maha Esa...
krn 
jika tiba datangnya sakaratulmaut..sesaat tidak dapat di awalkan dan dilewatkan  walau sesaat. Pada Yang Maha Kuasa kita pohonkn keredhaanNya..dan pd Nabi Muhmmad Yang Mulia kita harapkan syafaat baginda..insya Allah...
aminnn...aminn..ya rabbal alaminn..
moga-moga, ana, sahabat sahabat, keluarga ana dan semua umat Baginda rasulullah saw dalam lindungan dan redha ALLAH swt sentiasa..

wallahualam, ana menulis dari pandangan dan berapa rujukan,
jika ana khilaf ana tegur tegurlah ye =)

"biarlah dalam denyut nadi gentar jantung itu ada namaNYA"
insyaalllah moga bertemu di lain masa
wa ilal liqa' mas'as salama

Thursday, June 20, 2013

kiranya hatiku dimiliki

Assalamualaikum..
dengan lafaz bismillahirahmanirahim dengan nama allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..dan selawat dan salam kepada junjungan kita nabi Muhammad s.a.w serta kepada sahabat dan keluarga baginda.

dalam 2 3 hari ini, hati setiasa terdetik pada
"perasaan Itu"
hmmm
fitrah manusia
kadang kala ia juga Ujian dari ALLAH
untuk melihat sejauh mana kita mampu 
mengawalnya
Moga Fitrah ini tidak menjadi Fitnah

Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu,
Agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu..

Ya Muhaimin,
Jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu,
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu..

Ya Rabbana, 
Jika aku jatuh hati, 
Jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu..

Ya Rabbul Izzati, 
Jika aku rindu, 
Rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu..

Ya Allah, 
Jika aku menikmati cinta kekasihMu, 
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu..

Ya Allah, 
Jika aku jatuh hati pada kekasihMu, 
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu..

Ya Allah, 
Jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu, 
Jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu..
amin..

Doaku semoga kita sama-sama berjaya di dunia dan akhirat..
Berjaya dalam mengharungi segala cabaran dan dugaan.. 
Yang sememangnya menguji kekuatan iman..
Kerana tapak iman itulah yang menemukan cinta yang selama ini telah hilang..

Semoga cinta yang dicari telah ditemui..
Semoga Allah meletakkan kita di bawah payung rahmat kasih-Nya, InsyaAllah..

moga Engkau izinkan Ya rabhi

mencari dia
menjadi Jambatan Cintaku
padaMU