Sunday, September 30, 2012

DILARANG MALAS!!!



Assalamualaikum, semoga para sahabat dalam lindungi dan rahmat ALLAH sentiasa. T

Takdir ALLAH, awal-awal semester nie, selama baru je 3-4 mingu menjejakan kaki ke UNIVERSITI UTARA MALAYSIA, sy dimurahkan rezeki untuk meneruskan bisnes AZ MUSLIMAH UUM/COLLECTION ke tahap yang leih tinggi.Alhamdulillah, syukur nikmat ALLAH. Moga ALLAH SWT sentiasa memudahkan urusan saya. Namun apa yang membimbangkan hati (astafiruallah al azim) saya kuatir jika tidak bijak menguruskan masa sebagai seorang siswazah yang perlu konsisten pada pelajarannya dan menyiapkan "assigment" dalam pada waktu yang sama perlu mengurusan pertadbiran AZ MUSLIMAH COLLECTION. Kadang-kadang timbul beberapa sifat hansutan syaitan laknatullah..SIFAT MALAS mula bertandang. Malas untuk ke kelas, malas untuk siapkan tugasan, sifat -sifat seperti ini, hanyalah akan merugikan diri sendiri sahaja.

"YA ALLAH..kuatkan semangat dalam aku berusaha mencari rezeki di BumiMU, untuk mencapai kehidupan yang diinginkan, janganlah Engkau biarkan HATI ini berpaling dariMU(nauzubilah).
Engkau jadikanlah Cinta aku pada dunia diletakkan hanya pada genggaman tanganku, dan CintaKu pada AkhiratMU tersemat teguh di Hatiku."

Diriku harus cepat-cepatlah berusaha melawan sikap malas. Malas ialah attitude yang negatif wajib dihindari oleh semua orang Islam. Sesetengah kita mungkin tidak dapat melepaskan diri dari sikap ini. Ada yang diuji dengan tahap malas yang keterlaluan, ada yang diuji dengan tahap malas yang sedikit. Apa pun bentuk malas yang ada, hakikatnya malas bukan satu ajaran Islam. Malas menurut al-Quran adalah attitude orang munafiqin. Firman Allah Taala [al-Nisa’ : 140] :


Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap agama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya), dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik). mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman), dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang).

Ibn Kathir menafsirkan ayat di atas : “Ini adalah sifat orang munafikin dalam amalan paling baik dan paling mulia iaitu solat. Apabila mereka hendak solat, mereka solat dengan malas kerana mereka tiada niat, tidak beriman dengannya, tidak takut (khashyah) dan tidak memahami maksud solat”.

Sifat ini harus dibuangkan cepat-cepat  kerana ia sifat orang munafik. Orang yang munafik ialah orang yang cuba menipu Allah Taala. Tetapi, bagaimanakah cara hendak buangkan sikap malas? Saya cuba bawakan beberapa kaedah menghilangkan rasa malas menurut al-Quran dan al-Sunnah.


Pertama : Doa dan perbanyakkan doa

Gunalah senjata utama orang mukmin iaitu doa. Tokoh terkenal, Ibn Qayyim dalam karya beliau al-jawab al-kafi li man sa’ala an al-dawa’ al-shafi, menjelaskan ubat pertama dan kedua untuk mengubati jiwa mukmin ialah berdoa dan bersungguh-sungguh dalam doa.

Doa ialan ubat paling mujarab dan bermanfaat untuk mengubati semua bentuk ujian dan penyakit. Antara doa yang diajar oleh baginda s.a.w ialah :

اللهم إني أعوذ بك من الهرم والحزن، والعجز والكسل، والبخل والجبن، وغلبة الدين، وقهر الرجال

Maksudnya : “Ya Allah, aku berlindung denganMu dari penyakit tua dan kesedihan, dari lemah dan malas, dari bakhil dan penakut, dan kalah dengan hutang dan kekuatan lelaki”. [al-Bukhari]

Antara doa Nabi juga :

اللهم إني أسألك الثبات في الأمر، والعزيمة على الرشد

Maksudnya : “Ya Allah, aku memohon dariMu ketetapan dalam urusan kerja dan keazaman atas hidayat”.

Semuanya menunjukkan bahawa doa yang dapat menghalang sikap malas seseorang. Kalaulah Nabi boleh berdoa sebegini, inikan pula kita umatnya. Wajiblah kita mencontohi Rasulullah s.a.w. dalam semua sunnahnya.


Kedua : Lawanlah syaitan dan nafsu

Malas sebenarnya berpunca dari syaitan. Syaitan melatih nafsu manusia agar menjadi malas sama ada malas beribadat atau malas menunaikan tanggungjawab dan amanah yang dipikul.Tidakkah kita pernah mendengar hadis Nabi s.a.w. :

يعقد الشيطان على قافية رأس أحدكم إذا هو نام ثلاث عقد يضرب مكان كل عقدة عليك ليل طويل فارقد فإن استيقظ فذكر الله انحلت عقدة فإن توضأ انحلت عقدة فإن صلى انحلت عقدة فأصبح نشيطا طيب النفس وإلا أصبح خبيث النفس كسلان

Maksudnya : “Syaitan mengikat atas belakang kepala seseorang kamu ketika ia tidur sebanyak tiga ikatan. Sambil syaitan berkata pada setiap ikatan, ‘malam masih panjang maka tidurlah’. Apabila seseorang kamu terjaga dari tidur, lalu menyebut nama Allah nescaya akan terlerai satu ikatan. Jika ia mengambil wuduk nescaya terlerai satu ikatan lagi dan sekiranya ia solat nescaya terlerailah semua ikatan. Maka ia bangun waktu pagi dalam keadaan rajin cergas serta baik hatinya. Jika ia tidak (melakukan begitu), nescaya ia bangun pagi dalam keadaan buruk jiwanya sambil rasa malas”.

Hadis ini menunjukkan bagaimana kita perlu mencegah malas dengan cara yang diajar oleh Nabi s.a.w. Malas itu puncanya datang dari syaitan. Sememangnya syaitan sentiasa mencuba untuk menipu daya dan menyebabkan manusia lalai dari perintah Allah Taala.


Ketiga : Carilah ilmu 

Saya akhiri tulisan kali ini, dengan kaedah ketiga untuk menghapuskan sikap malas. Iaitu timbalah ilmu sebanyak mungkin. Dengan ilmulah seseorang itu menjadi orang yang rajin dan cergas dalam hidupnya. Sebagai contoh, ilmu tentang fadilat dan kelebihan ibadat, menyebabkan seseorang rajin beribadat dengan syarat adanya keyakinan yang kuat tentang apa yang dipelajari. Oleh itu, orang yang mempunyai ilmu berkenaan fadilat solat jemaah, sangat rajin mengerjakan solat jemaah. Orang yang mempunyai ilmu tentang kelebihan dan fadilat solat Duha, akan menjadi rajin dan cergas untuk melaksanakannya.
Sebab itu, Rasulullah s.a.w. bersabda :

أثقل الصلاة على المنافقين صلاة العشاء وصلاة الفجر، ولو يعلمون ما فيهما لأتوهما ولو حبواً

Maksudnya : “Solat paling berat bagi orang munafiqin ialah solat isyak dan subuh. Sekiranya mereka mengetahui apakah (ganjaran) yang ada pada kedua-duanya, nescaya mereka akan datang bersolat walaupun dalam keadaan merangkak”.

Lihat kepada kata-kata Nabi : “Sekiranya mereka mengetahui apakah ganjaran”, menunjukkan pentingnya ilmu tentang kelebihan dan fadilat sesuatu ibabdat, kerana ia membantu anda menjadi rajin dan cergas dalam melakukannya.

Akhirnya, marilah sama-sama kita bermuhasabah diri sendiri adakah kita masih malas? Sekiranya masih bergelumang dengan malas, ayuhlah kita hilangkan sikap malas yang ada pada diri kita. Janganlah menjadi pengikut syaitan dan nafsu, tetapi jadilah pengikut iman dan akal.

Sumber : http://albaruhiyy.wordpress.com/2010/01/25/ubat-kepada-malas-menurut-islam



Saturday, September 29, 2012

Cinta Sampai SyurGa

Setiap orang pasti merasa nikmat CINTA .Namun ape itu CINTA yang sebenar???

Cinta itu berkuasa mampu mengubah segalanya menjadi manis dalam sekelip mata sahaja.Itulah fitrah kurniaan allah pada setiap hambanya untuk merasa selase, bahagia dan selamat apabila disamping insan yang mereka Cintai.


Namun, fitrahnya manusia Cinta itu hanya pada nafsu semata mata. Akal yang diberikan untuk berfikir tidak mampu melawani hawa nafsua yang sedang bergelora.Mengapa???


Jawapannya, ada pada satu tempat dimana, jika baik tempat itu maka baiklah isinya. Telah bersabda Nabi S.A.W: Sesugguhnya di dalam tubuh (manusia) ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah seluruh tubuhnya, daan jika rosak daging itu maka rosaklah seluuh tubuhnya dan ketahuilah bahawa dialah HATI.

( Riwayat Bukhari dan Muslim )    

Hati yang baik inilah yang dipenuhi cahaya keimanan yang sebenar mampu membeli sebuah CINTA, Yang hanya pada landaskan pada agama menjadi utama Dan apabila ia kecewa pada sesuatu kejadian pasti hanya sedih itu seketika cuma. Kerana Apa??? Kerana yakinnya HATI ini bahawa kita manusia biasa, hamba ALLAH semata mata hanya mampu menerima CINTA pemberian yang ESA.





Cinta Itu Milik ALLAH

jika kita mahukan IA

CARILAH & RASAILAH CINTA YA RABHI

Yang benar-benar Nikmat Itu tidak terbandingnya dengan CINTA MANUSIA

Tuesday, September 11, 2012

Kembara Di Bumi ALLAH


Hijrahkan aku dengan hati putih



Berdirinya aku di daerah zulumat

Mengutip titis doa di malam rahmat
Bersama renai kasih yang menguyur
Ingin melakar cinta di syurga

Sesungguhnya cinta yang ku galas dulu
Hanya cinta semusim wangi sekejap
Harumnya takkan sampai ke penghujung
Indah mekarnya hanya di kuntum

Sedangkn taman-Mu amat indah
Tiap penghuninya dikurniai rahmat
Datang berbekal amalan
Tanpa sepalit noda

Setelah kian lama mengatur jejak langkah
Makin fasih mentafsir liku hidup
Diri terlepas bebas dan leka tanpa batas
Bagai menabur benih sang hilalang

Bendang-terbendang hampar padinya
Dimusnahi bena
Aku yang terpedaya

Hijrahkan aku dengan hati putih
Kembali berpaut pada akal budi
Pasrah bersujud dibawah naungan
Langit kesedaran

Moga terlakar cintamku dipintu syurga