Assalamualaikum, semoga para sahabat dalam lindungi dan rahmat
ALLAH sentiasa. T
Takdir ALLAH, awal-awal semester nie, selama baru je 3-4 mingu
menjejakan kaki ke UNIVERSITI UTARA MALAYSIA, sy dimurahkan rezeki untuk
meneruskan bisnes AZ MUSLIMAH UUM/COLLECTION ke tahap yang leih
tinggi.Alhamdulillah, syukur nikmat ALLAH. Moga ALLAH SWT sentiasa memudahkan
urusan saya. Namun apa yang membimbangkan hati (astafiruallah al azim) saya
kuatir jika tidak bijak menguruskan masa sebagai seorang siswazah yang perlu
konsisten pada pelajarannya dan menyiapkan "assigment" dalam pada
waktu yang sama perlu mengurusan pertadbiran AZ MUSLIMAH COLLECTION. Kadang-kadang
timbul beberapa sifat hansutan syaitan laknatullah..SIFAT MALAS mula
bertandang. Malas untuk ke kelas, malas untuk siapkan tugasan, sifat -sifat
seperti ini, hanyalah akan merugikan diri sendiri sahaja.
"YA ALLAH..kuatkan semangat dalam aku berusaha mencari rezeki
di BumiMU, untuk mencapai kehidupan yang diinginkan, janganlah Engkau biarkan
HATI ini berpaling dariMU(nauzubilah).
Engkau jadikanlah Cinta aku pada dunia diletakkan hanya pada
genggaman tanganku, dan CintaKu pada AkhiratMU tersemat teguh di Hatiku."
Diriku harus cepat-cepatlah berusaha melawan sikap malas. Malas
ialah attitude yang negatif wajib dihindari oleh semua orang Islam. Sesetengah
kita mungkin tidak dapat melepaskan diri dari sikap ini. Ada yang diuji dengan
tahap malas yang keterlaluan, ada yang diuji dengan tahap malas yang sedikit.
Apa pun bentuk malas yang ada, hakikatnya malas bukan satu ajaran Islam. Malas
menurut al-Quran adalah attitude orang munafiqin. Firman Allah Taala [al-Nisa’
: 140] :
Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu
daya (terhadap agama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka
kafir pada batinnya), dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan
membiarkan mereka dalam keadaan munafik). mereka pula apabila berdiri hendak
sembahyang, mereka berdiri dengan malas. mereka (hanya bertujuan) riak
(memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka
orang yang beriman), dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan
sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang).
Ibn Kathir menafsirkan ayat di atas : “Ini adalah sifat orang
munafikin dalam amalan paling baik dan paling mulia iaitu solat. Apabila mereka
hendak solat, mereka solat dengan malas kerana mereka tiada niat, tidak beriman
dengannya, tidak takut (khashyah) dan tidak memahami maksud solat”.
Sifat ini harus dibuangkan cepat-cepat kerana ia sifat orang
munafik. Orang yang munafik ialah orang yang cuba menipu Allah Taala. Tetapi,
bagaimanakah cara hendak buangkan sikap malas? Saya cuba bawakan beberapa
kaedah menghilangkan rasa malas menurut al-Quran dan al-Sunnah.
Pertama : Doa dan perbanyakkan doa
Gunalah senjata utama orang mukmin iaitu doa. Tokoh terkenal, Ibn
Qayyim dalam karya beliau al-jawab al-kafi li man sa’ala an al-dawa’ al-shafi,
menjelaskan ubat pertama dan kedua untuk mengubati jiwa mukmin ialah berdoa dan
bersungguh-sungguh dalam doa.
Doa ialan ubat paling mujarab dan bermanfaat untuk mengubati semua
bentuk ujian dan penyakit. Antara doa yang diajar oleh baginda s.a.w ialah :
اللهم إني أعوذ بك من الهرم والحزن، والعجز والكسل، والبخل والجبن، وغلبة الدين، وقهر الرجال
Maksudnya : “Ya Allah, aku berlindung denganMu dari penyakit tua
dan kesedihan, dari lemah dan malas, dari bakhil dan penakut, dan kalah dengan
hutang dan kekuatan lelaki”. [al-Bukhari]
Antara doa Nabi juga :
اللهم إني أسألك الثبات في الأمر، والعزيمة على الرشد
Maksudnya : “Ya Allah, aku memohon dariMu ketetapan dalam urusan
kerja dan keazaman atas hidayat”.
Semuanya menunjukkan bahawa doa yang dapat menghalang sikap malas
seseorang. Kalaulah Nabi boleh berdoa sebegini, inikan pula kita umatnya. Wajiblah
kita mencontohi Rasulullah s.a.w. dalam semua sunnahnya.
Kedua : Lawanlah syaitan dan nafsu
Malas sebenarnya berpunca dari syaitan. Syaitan melatih nafsu
manusia agar menjadi malas sama ada malas beribadat atau malas menunaikan
tanggungjawab dan amanah yang dipikul.Tidakkah kita pernah mendengar hadis Nabi
s.a.w. :
يعقد الشيطان على قافية رأس أحدكم إذا هو نام ثلاث عقد يضرب مكان كل عقدة عليك ليل طويل فارقد فإن استيقظ فذكر الله انحلت عقدة فإن توضأ انحلت عقدة فإن صلى انحلت عقدة فأصبح نشيطا طيب النفس وإلا أصبح خبيث النفس كسلان
Maksudnya : “Syaitan mengikat atas belakang kepala seseorang kamu
ketika ia tidur sebanyak tiga ikatan. Sambil syaitan berkata pada setiap
ikatan, ‘malam masih panjang maka tidurlah’. Apabila seseorang kamu terjaga
dari tidur, lalu menyebut nama Allah nescaya akan terlerai satu ikatan. Jika ia
mengambil wuduk nescaya terlerai satu ikatan lagi dan sekiranya ia solat
nescaya terlerailah semua ikatan. Maka ia bangun waktu pagi dalam keadaan rajin
cergas serta baik hatinya. Jika ia tidak (melakukan begitu), nescaya ia bangun
pagi dalam keadaan buruk jiwanya sambil rasa malas”.
Hadis ini menunjukkan bagaimana kita perlu mencegah malas dengan
cara yang diajar oleh Nabi s.a.w. Malas itu puncanya datang dari syaitan.
Sememangnya syaitan sentiasa mencuba untuk menipu daya dan menyebabkan manusia
lalai dari perintah Allah Taala.
Ketiga : Carilah ilmu
Saya akhiri tulisan kali ini, dengan kaedah ketiga untuk
menghapuskan sikap malas. Iaitu timbalah ilmu sebanyak mungkin. Dengan ilmulah
seseorang itu menjadi orang yang rajin dan cergas dalam hidupnya. Sebagai
contoh, ilmu tentang fadilat dan kelebihan ibadat, menyebabkan seseorang rajin
beribadat dengan syarat adanya keyakinan yang kuat tentang apa yang dipelajari.
Oleh itu, orang yang mempunyai ilmu berkenaan fadilat solat jemaah, sangat
rajin mengerjakan solat jemaah. Orang yang mempunyai ilmu tentang kelebihan dan
fadilat solat Duha, akan menjadi rajin dan cergas untuk melaksanakannya.
Sebab itu, Rasulullah s.a.w. bersabda :
أثقل الصلاة على المنافقين صلاة العشاء وصلاة الفجر، ولو يعلمون ما فيهما لأتوهما ولو حبواً
Maksudnya : “Solat paling berat bagi orang munafiqin ialah solat
isyak dan subuh. Sekiranya mereka mengetahui apakah (ganjaran) yang ada pada
kedua-duanya, nescaya mereka akan datang bersolat walaupun dalam keadaan
merangkak”.
Lihat kepada kata-kata Nabi : “Sekiranya mereka mengetahui apakah
ganjaran”, menunjukkan pentingnya ilmu tentang kelebihan dan fadilat sesuatu
ibabdat, kerana ia membantu anda menjadi rajin dan cergas dalam melakukannya.
Akhirnya, marilah sama-sama kita bermuhasabah diri sendiri adakah
kita masih malas? Sekiranya masih bergelumang dengan malas, ayuhlah kita
hilangkan sikap malas yang ada pada diri kita. Janganlah menjadi pengikut
syaitan dan nafsu, tetapi jadilah pengikut iman dan akal.
Sumber :
http://albaruhiyy.wordpress.com/2010/01/25/ubat-kepada-malas-menurut-islam
No comments:
Post a Comment