Tudung. Tudung.
Tudung.
Bermacam-macam rupa
yang boleh kita lihat sekarang kerana semuanya mahu mengikut peredaran fesyen
semasa.
Ada yang belitnya
dari kiri ke kanan, ke atas ke bawah, disilangnya ke sana, ke mari. Cantik!
Namun SAYANG kebanyakannya tidak mengikut syariat.
Saya dahulu salah
seorang dari yang gemarkan fesyen-fesyen lilit-lilit pusing-pusing itu semua.
Perempuan mana yang tak mahu kelihatan cantik menarik!
Tambah lagi apabila
pengalaman hidup yang saya lalui, berhadapan dengan orang tudung labuh yang
berperangai sama macam yang bertudung tak mengikut syariat. Ada yang lebih
teruk! Jadi? Kesimpulan awal saya ialah "Ahhh sama je orang tudung biasa
dengan tudung labuh. Baik pakai macam biasa, macam kebanyakan orang lain pakai.
Nanti bertudung labuh, tak boleh nak gila-gila!"
Namun jauh di sudut
hati, ada satu rasa yang bergetar – ada sesuatu yang menarik tentang tudung labuh.
Allah sayang saya.
Amat sayang.
Hampir setiap hari
dalam hidup, Allah temukan saya dengan artikel-artikel tentang erti sebenar
tudung. Saya mula perlahan-lahan, dari tudung yang berbagai fesyen itu, saya
tutupkan dada. Masih dengan tudung biasa! Dalam hati, "OK, cukup dah
ni". Namun masih sentiasa bermohon pada Allah supaya dilimpahi
hidayah-Nya.
Allah masing sayang
saya, terlalu sayang.
Allah bukakan mata
saya, untuk melihat betapa indahnya, betapa selamatnya bertudung labuh. Allah
kenalkan saya dengan insan-insan bertudung labuh, yang masih lagi gila-gila,
namun terbatas pergaulan mereka, yang terjaga tatasusila.
Saya seorang yang
cerewet, tidak suka pada telekung-telekung di mall yang berbau, berdaki. Allah
tunjuk pada saya, apabila bertudung labuh, lebih mudah, lebih selesa untuk saya
solat, kerana aurat saya sudah terjaga! Tidak perlu lagi telekung-telekung
berbau berdaki itu semua.
Saya seorang yang
akan hilang rasa hormat pada lelaki-lelaki yang bersiul-siul pada perempuan di
tepi-tepi jalan, yang lalu di hadapan mereka. Sangat tidak hormat! Tetapi Allah
tunjuk pada saya, apabila bertudung labuh, lelaki-lelaki itu tidak berani buat
begitu.
Saya nekad. Dengan
hanya dua helai tudung berbidang 60" yang mampu saya beli, saya sarungkan.
Terasa betapa Allah sayang saya. Saya rasa sangat selamat dalam dakapan tudung
labuh, yang satu masa dulu saya pandang hanya sebelah mata.
Saya sekarang
bertudung labuh, tetapi masih gila-gila! Bertudung labuh bukan bererti saya
alim. Saya juga masih tercari-cari cahaya. Tetapi tudung labuh itu membantu
saya, dalam gila-gila, saya ingat untuk menjaga batas-batas, tatasusila. Yang
mendekatkan saya pada cahaya, bukan gelita. Saya malu untuk buat perkara
sia-sia, malu jika saya dipandang manusia lain sepertimana saya memandang
perempuan bertudung labuh yang "perangai tak serupa tudung" suatu
masa dulu.
Tudung labuh itu
bukan tanda seseorang itu alim, tetapi itu pelindungnya dari perkara-perkara
yang tidak baik. Moga dari kerana tudung, hati saya juga terjaga, akhlak saya
dipelihara, akidah saya makin teguh pada-Nya.
Moga saya
istiqamah! Moga akhlak saya seindah tudung saya! Amin Ya Rabb!
sekarang siapa pun saya itu tidak penting yang penting bagaimana iman saya sekarang !!!
No comments:
Post a Comment