Saturday, December 1, 2012

Enjoy your life


Assalamualaikum..
dengan lafaz bismillahirahmanirahim dengan nama allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
dan selawat dan salam kepada jungjungan kita nabi Muhammad s.a.w serta kepada sahabat dan keluarga baginda.


Alhmamdulillah Pagi sabtu hari ini ana mulakan kehidupan biasa, cuma yang berlainan sedikit bangun pagi untuk k library untuk discussion subjek BUSINESS REPORT. Sedang leka menyiapkan assigment dengan beberapa orang teman, terbuka la blog nie.ehhehehe. Apa lagi terpromote la..Ceh cehh ceh ade  ke terpromote.

sahabat bertanya akan berlatar keluarga ana, di situ tergerak hati nak bercerita sejarah kelaurga. Sebenarnya, sahabat ana yang bertanya, adalah group memer ana dalam group assigment , jadi kami kuranglah mengenali. Tapi allhamdulillah ana sedang dengan mereka dan mereka. Akhlak mereka menenangkan hati. Sedangkan inilah yang digariskan kekasih ALLAH swt, RASULULLAH saw salah satu list untuk memcari sahabat , teman , atau kawan biarlah insan itu membawa kita lebih mendekati ALLAH. Allhamdulillah, syukur pada ALLAH ana setiasa dianugerahkan teman teman yang boleh dikatakan solehah (insyalllah)

Ketika sedang berbual- bual sambil menyiapkan assigment kitaorang, ketika itu la jua, ana menceritakan salah silah keluarga ana. Sebenarnya mungkin tiada apa yang istimewa tentang keluarga ana di pandangan mereka di luar sana, namun di hati ana cukup cukup istimewa. Banyak yang ana pelajari dari mereka dan mereka, dugaan kehidupan yang ana dan keluarga perolehi adalah hadiah terbaik dari allah untuk lukisan takdir ana. Ketika sedang bercerita tentang keluarga.. ana sempatlah gelak gelak sikit, sahabat ana hairan dengan ana katanya "macam mane aida boleh hadapi ini semua, dalam pada tu sempat plak ketawa dia"

heheehhehe, kelakar pon ada kan, ada dugaan ana boleh ketawa. Ia benar kata sahabat ana, ketawa ana mungkin luaran namun hati ana, menangis dalam imam adalah biasa.

siapa ana, sedikit perkongsian buat teman-teman.

ana merupakan ana yang lahir dari sebuah rumahtangga yang tidak kuat menghadapi badai kehidupan. perkhawinan ummi dan abah ana hanya mampu bertahan selama 14 tahun sahaja. Pada permulaan kehidupan, ana ternyata sukar untuk menghadapinya (anak yang paling banyak memberontak) bayangkan ana saat itu aru sahaja melangkah alam remaja yang berumur 13 tahun. Pada saat itu jiwa benar benar celaru, tiada arah tuju, yang menjadi teman luahan hati adalah kawan kawan sekolah sahaja. Allahmdulillah, ana benar benar syukur pada ALLAH walaupun ana hampir hampir terpesong dari jalan allah , namun dia ketuk kembali hati ana untuk kembali. Ana telah nekad dalam hati walaupun ana lahir dari keluarga yang cerai berai namun ana mampu juga berjaya. Allhamdulillah, ana berjaya berlajar ke manara gading sekarang. Sebenarnya ana kurang selesa menceritakan sejarah keluarga ana, ialah masyarakat sering berfikiran negatif pada anak anak yang keluargnya bercerai berai ni. Pada mereka anak anak ini liar dan tidak cukup perhatian dan kasih sayang. walhal, tidak sama sekali ana alhamdulillah dikurniakan ummi dan abah yang bertanggungjawap dan penyanyang.

Setelah bercerai, ummi dan abah mencari kebahagian masing masing, alhamdulillah abah dan mempunyai keluarga kedua bersama 2 anaknya, iaitu adik adik ana..ehhehe dan pasangan ye ibu ana. Alhamdulillah mungkin hasil didikan abah dan ummi ana dan adik adik kandung ana mampu menerima takdir ini dengan hati yang lapang. Malah ana bahagia, ummi pulang dilandang dugaan allah perkhawinan kedua dengan bekas ayah tiri ana jodoh mereka tidak panjang. Ayah tiri ana sakit , menyebabkan ummi terpaksa minta fasakh. Dugaan allah untuk ummi dan keluarga kami. Hasil dari perkhawinan ummi yang kedua ana dapat tambah 4 orang lagi adik..ehehheheh..ramai kan, dan masuk sepuluh termasuk anak anak abah..dahla ana ni yang sulung...ehhehehh..lucu plak. 4 orang anak ummi, kesemuannya, ana yang mengasuh mereka dari kecil tau dari umur sehari sehingga la sebesar sekarang..( nasib baik sukakan budak budak)hehehe.Sahabat jangan terkejut jika ana katakan, sewaktu ummi pantang ana juga yang menjaga ummi. ^_^, pengalaman yang tak mampu dibeli.

eh lupa ana nak bagitahu, selepas ummi dan abah berpisah ana dan adik adik pilih untuk tinggal dengan  ummi, mungkin sebab 2 ana sedikit rapat dengan adik adik sebelah sana. 4 orang anak ummi, dengan ayah tiri ana ade seorang perempuan (nur erisya balqis) ana yang bagi nama tau..excited dapat adik kecik mula mula..yang kedua muhamad imanshah muqris, yang ketiga muhamad alfianshah ramdhan, dan yang paling kecik muhamad izhamshah rahmatullah. untuk perkongsian adik ana muhamad alfianshah telah kembali kepadanya seusia 2tahun kerana sakit jantung :(, moga arwah bahagia di sana.al-fatihah

Hasil didikan ummi, ana dan adik adik kandung tidak pernah membezakan bezakan antara satu sama lain, kehidupan kami penuh kasih sayang. Kehadiran mereka menceriakan hidup ana dan adik adik kandung ana,

adik ana yang ke2 -muhamad elfahmi sanusi ( superviser CENTRAL CABLE)
yang ke3-fatin nur ajeerah ( degree sains pertanian UPM)
yang ke4- muhamad alriey sazwan (form 5 smk bukit kati melaka)

alhamdulillah kami berjaya dan tidak hidup melarat seperti anak anak yang hidup terbiar di kuala lumpur..
syukur pada allah.

masalah semua yang bergelar insan ada masalah, ana, kamu, dan kamu juga ada masalah, kerana allah datangkan ujian ini untuk setiap hambanya..so berlapang dada n Enjoy your life..insyallah kita akan senang even ada masalah yang datang. Pemulaan menghadapi masalah mungkin kita akan berserabut, stress dan sebagainya dan mungkin juga menangis untuk mecari ketenangan.. tetapi setelah kita kembali pada fitrah kita hamba allah, sujud padanya..di situ la setenang tenang hati akan dicapai, subhanaallah tiada nilai taranya, hanya hati yang merasa mampu merasainya nikmatnya

ana ada teringat kata kata Ustaz Syed kadir a jofre
"masalah yang bertandang akan kita lihat kecil jika kedudukan ALLAH Besar di hati kita, 
 dan masalah akan kita lihat besar jika kedudukan ALLAH  kecil di hati kita"

bak kata ustaz kazim alias juga "buat apa nak pening enjoy your life"
nikmati apa pemberian allah ,rasakan seronok untuk setiap pemberian ALLAH"

dan ana merasa seronok untuk sebuah keluarga yang besar ini, anugerah dari allah....
Syukur YA ALLAH ALHAMDULILLAH


" KERINDUAN HATI
KeSAYANGAN JIWA"
..kekuatan rohani...


sekarang belah abah plak, see meriah kan mereka mereke insan kerinduan hati ana ^_^


kami seibu seayah selamanya <3

Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Dan Tuhanmu sudah perintahkan, supaya engkau tidak menyembahkan melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa.
Jika salah seorang daripada keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada usia tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar), sekalipun perkataan ‘uuh’ dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi ucapkanlah kepada mereka perkataan mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku, cucurilah rahmat kepada mereka berdua seperti mereka mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku ketika kecil.”
(Surah al-Israk ayat 23-24)



No comments:

Post a Comment