Sunday, December 2, 2012

Beragama & Berilmu Agama & BerakhLak


Assalamualaikum..
dengan lafaz bismillahirahmanirahim dengan nama allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
dan selawat dan salam kepada jungjungan kita nabi Muhammad s.a.w serta kepada sahabat dan keluarga baginda.


Selepas  waktu magrib seperti biasa rutin membaca al-quran akan diamalkan umat islam. Dari kalangan si anak kecil sehinggalah ke golongan yang berumur.

Alhamdulillah rutin ini ada yang menjadi kewajipan umat islam dalm setiap keluarga. Pada saat ini ,saya terfikir di detik hati yang kecil, persoalan yang ada di kalangan manusia dunia akhir zaman

   " Orang beragama dan orang yang mempunyai ilmu agama"


"Orang yang beragama boleh jadi dia hanya mempunyai sedikit asas agama dan tidak belajar khusus dalam disiplin agama tetapi menghayati sedikit sebanyak ilmu tentang agama yang ada pada dirinya! Sedangkan orang yang hanya belajar ilmu agama semata-mata tetapi tidak beramal apalagi mempergunakan agama untuk kepentingan peribadinya ternyata jauh menyeleweng"


Setiap manusia ada lemah taranya dalam menghadapi kehidupan, yang kuat pasti berjaya menghadapi ujian ujian allah, yang lemah kadang kala pasti terkandas di perjalanan kehidupan. Namun apa yang menjadikan ia kuat dan apa pula yang menjadikan ia kandas dalam perjalananan.

Sapa hati , tanya iman---> insyaallah jawapan yang benar pasti ditemui

Terdetik di hati kecil ini, terasa sayu di hati melihat dunia akhir zaman. Dunia hari ini, kita tak mampu menilai luaran manusia. Mungkin sahaja perwatakan yang gila gila luarannya tapi dalamannya penuh dengan ilmu keagamaan. Hati berkata kata, tak sayangkah mereka ini akan ilmu yang bersisa di roh dan jasad yang ALLAh swt pinjamkan. Mengapa tidak digunakan di jalan yang benar dan betul. Malah masih ada yang leka dalam keasyikan dunia, wahlal mereka tahu hukum itu, hukum ini. Adakah ini yang nak dikatakan ilmu tanpa amal..ya allah engkau berikanlah petunjuk pada mereka ini. Terasa rugi berada di jalanmu, namun tidak digunakan untuk meraih cintaMU.

inilah kenyataan hari ini:

seorang gadis yang bertudung litup itu tak mungkin tinggi ilmu pengetahuan. agamanya, dia cuma sedang mengorak langkah menuju ilahi. Yang pertama perlu dicari ilmu, ilmu , dan ilmu untuk mengenal erti Cinta ALLAH Swt.

Manakala, seorang gadis ini tinggi ilmu agamanya, cuma tidak terdetik di hatinya untuk mengamalkan apa yang dimiliki. Sayang ilmu yang ada tidak mampu dipertahankan dalam meniti kehidupan, yang kadang kala terkandas dalam ujian sebuah perjalanan. 

Ya allah, engkau berikanlah pertunjukmu ke atas ke dua dua insan ini, titipkanlah hatinnya dengan ketenangan di jalan hidayahmu.

walau apapun , situasi setiap hamba allah itu, ia semua adalah ujian yang hadir untuk memantangkan kehidupan kita sebagai khalifah utusan allah. Jika dirasakan iman yang bersisa itu "senipis kulit bawang" carilah ilmu sebagai perisai hati  dan pendinding iman, dan jika dirasakan hanyut dalam keasyikan dunia carilah ketenangan di jalan allah kembali menuju ketetapan hakiki.


Setiap ilmu yang berbaki di jasad dan roh biarlah menjadi amalan setiap kita, istiqamah dalam melakukannya.  Dan bukanlah sekadar menanam tebu di tepi bibir, hanya pandai berkata kata menunaikannya tidak 
menjadikan keutamaan.


berilmu , beramal dan berdakwah


dan apa yang paling pentig
ILMU + AMAL+ AKHLAK= ???

ILMU penyuluh hidup,
AMAL bekalan perjalanan,
AKHLAK hiasan jiwa & peribadi menuju destinasi AKHIRAT yang sudah pasti




No comments:

Post a Comment