Monday, December 3, 2012

Derita Kita, Derita Mereka


Assalamualaikum..
dengan lafaz bismillahirahmanirahim dengan nama allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
dan selawat dan salam kepada jungjungan kita nabi Muhammad s.a.w serta kepada sahabat dan keluarga baginda.


Isu palestin, atau gaza sedikit lega di khabarkan, namun ia bukan tiket untuk kita lega juga dari memikirkan nasib mereka.

Semoga semangat kita,
Doa kita,
boikot kita,
peduli kita,
usaha kita,
tidak sekadar bermusim

Alhamdulilah, hasil dari program dari negeri kelahiran ambe( bangga terasa di hati) Himpunan Artis di kelantan, ustaz azhar  telah menitipkan puisi khas untuk mereka



Derita kita,
Derita kita menanti majunya negara,
Derita kita kerana jualan dikedai yang kurang memberangsangkan,
Derita kita belum dapat bantuan subsidi,
Derita kita kerana anak tidak lulus periksa.

Derita mereka,
Apabila anak-anak mereka jadi kubu daripada ditembusi ,
Oleh peluru peluru yanghudi,
Yang merobek mengeluar isi perut anak2 kecil tidak berdosa,
Itulah derita para ibu,
Yang berada di bumi gaza.

Para ibu di negara kita,
Derita belum sempat membeli gelang baru,
Belum sempat membeli rantai baru,
Belum sempat menempah siap pakaian baru.

Samakah kita dengan mereka?,
Bumi gaza 2012 menjadi tontonan cerita perang,
Dalam tv setiap umat islam,
Yang jumlah berbilion-bilion.

Wahai Gaza,
Kami saudara kamu,
Seagama dengan mu,
Kami lelaki-lelaki sekuatmu juga,
Kami memohon ampun kepadamu wahai gaza,
Kami memohon ampun kepadamu wahai syria,
Kerana kami tidak menghantar kereta-kereta kebal kami,
Yang hanya kami gune pada hari kemerdekaan.

Minta maaf wahai rakyat palestine,
Syria,
Kami ada tentera,
Tapi kami tidak mampu pergi kepada kamu,
Mohon kemaafan banyak-banyak,
Kami hanya menjadi penonton,
Dimana darah-darah anakmu, isteri-isterimu,
Jatuh titisan demi titisan,
Diatas bumi yang suci.

Wahai Gaza,
Walaupun kami tidak dapat pergi,
Dengan jasad,
Terimakanlah roh kami,
Untung bersemadi bersemadi bersama syuada mu,
Wahai syria walau tak sempat untuk berperang bersama mu,
Terimalah nyawa kami utk terus mengkuatkan jasad-jasad kamu,
Melawan segala segala yang jadi musuh Allah.

Wahai Gaza wahai Palestine wahai Syria,
Maafkan kami,
Terimakanlah doa dari kami,
Dan sudilah kiranya roh-roh kami bersemadi bersama jasad-jasadmu.
Allauh'alam.

No comments:

Post a Comment