Wednesday, December 26, 2012

Masalah vs Mengaku Salah vs Mengalah

Assalamualaikum..
dengan lafaz bismillahirahmanirahim dengan nama allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
dan selawat dan salam kepada jungjungan kita nabi Muhammad s.a.w serta kepada sahabat dan keluarga baginda

Alhamdulilah, tingal beberapa minggu je lagi menghabiskan sisa sisa perjuangan semester 5( ayat macam last sem je..heheheh)...

dan ayat nie juga membawa makna tinggal beberapa hari juga nak exam...YA ALLAH mudahkan urusan hambamu ini..

seperti kebiasaannya , pada saat-saat penghujung sem ini juga la...bertimbun timbun "DUE DATE " assignment yang nak kena disiapkan dan summit pada lecteru. Masalah ini mesti setiasa atau lebih tepat mesti insan yang bergelar "STUDENT" pasti merasa...MASALAH GROUP ASSIGNMENT....hmmmmmm
dah  masuk semester 6 pun..tapi masih setiasa berhadapan masalah group assignment. Tapi tak ape.."think postive" masalah ALLAH hantar pada kita sebenarnya ujian dalam mematangkan kehidupan ...dan yakinlah setiap ujian atau pun masalah itu pasti ada HIKMAH kan kan kan ..^_^

hari terdetik hati nak menulis mengenai "MASALAH GROUP ASSIGNMENT"..biasa lagikan berkerja dengan mesin pon ade yang "jem", rosak dan sebagainya inikan pula kita yang berurusan dengan manusia hamba allah yang mempunyai pelbagai tingkah laku dan perasaan yang berbeza beza...

Jika nak diikutkan pengalaman, bermacam macam karenah manusia dah merasai...dari satu group dengan sesama bangsa, sesama negeri, dan berlainan agama pun ada..

Pada awal semester satu, saya atau insan insan lain takut-takut sikit, mesti ada yang nak satu group dengan 
"satu negeri la, satu kolej lah..atau pun satu cos" 
dan bila dah mula yakin dengan diri sendiri..secara pelahan lahan akan keluar dari komuniti ini...macam saya...hehehe..bukan apa umpama kata orang orang tua

"kadangan berkerja atau berurusan dengan mereka yang tidak mengenali kita adalah lebih mudah berbanding berkerja dan berurusan dengan mereka yang mengenali kita..."

mungkin keadaan ini buat kita lebih yakin atau berdikari jika tidak bersama dengan kelompok kumpulan kita "GENG"...tapi keadaan ini juga bergantung pada individu itu...sebab sesetengah individu tidak suka keluar dari kempopong mereka...(mungkin kurang keberanian mungkin juga aspek lain)...wallahualam..

tapi tidak bagi saya..awal awal semester mungkin dengan  kekawan..tapi lama lama dan kenal hati budi masing masing...ambik keputusan hidup dan berjuang di dunia luar lebih baik.....mungkin saya juga mempunyai sikap tidak mempercayai orang atau rasa tidak dipercayai menyebabkan hormat sebagai sahabat boleh hilang semasa berurusan menyiapkan kerja..

kata perpatah senior saya " kak chik kito k.farah" 

"kawan itu tak semestinya kita bersama dalam semua perkara..ia mungkin boleh jadi kawan teman bilik, ia boleh jadi kawan sekelas, ia boleh jadi kawan satu kepala"...sebab tak semua kawan satu kepala atau satu kuliah boleh jadi kawan sebilik dengan kita"...-->pernah kene pada batang hidungku

dan inilah yang dinamakan MANUSIA...kita semua sama tapi tak serupa 

ALLAH dan menciptakan setiap hambanya pelbagia rupa pelbagai perangai dan gaya,...untuk mewarnai kehidupan kita yang tidak hidup dalam satu warna sahaja tapi dalam pelbagai warna..untuk menceriakan hidup setiap hambanya..macam pelangi..Subhanaallah cantik sangat-sangat.

Ketika kita mempunyai masalah dengan group assigment kita, perkara pertama kita buat...berlapang dada dan istifar...sabar sabar sabar... siapa salah atau siapa benar itu tak penting...yang pasti kita semua berpaling pada tujuan asal adalah untuk menghasilkan "satu tugasan kuliah yang terbaik"...

Jika sesekali terdetik di hati 

"eh , banyak ia keje aku, tak adil nie"
"eh kenapa pulak ak yang buat yang ini"
" eh bukan ke ak dah buat banyak keje"
"sikit ye keje die, ak plak yang banyak"






buang semua perasaan perasaan "eh"  or negatif or bisikan syaitan,  bungkus ikat ketat ketat letak dalam tin, letak dalam kotak dan buang ke sungai or laut cina selatan bagi jerung makan..(ops percemaran perasaan akan berlaku)..hihhiihi

dan cuba tukar dengan yang ini

"banyak keje ni, insyaallah ALLAH nak bagi ilmu lebih"
" alhamdulillah dapat ringan beban sahabat sahabat dalam buat assignment"



" bertambah ujian bertambah kekuatan hati"
"mohon allah tambahkan kefahaman bila banyak perkara yang dipelajari, markah insyallah bertambah jugak"





kan...elok macam nie...insyallah kita boleh kita mampu(✿◠‿◠)

sebab apa saya cakap "kita boleh kita mampu" sebab ALLAH kan dah cakap


"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya (al baqarah: 286)

Jika kita salah tak salah untuk cuba mengalah mengurangkan ego memohon maaf..dan berusaha memperbaiki diri ...dan Jika kita di pihak yang benar tak salah juga memaafkan dan bersangka baik pada mereka



                      ✔ Mengalah kerana bersalah, BAGUS
               ✔ Mengalah kerana tidak bersalah LAGI BAGUS


dan percayalah kita hamba allah yang lemah yang setiasa melakukan kesilapan demi kesilapan...bukan tujuan menjatuhkan diri tapi dengan kesilapan itu kita bangkit memperbaiki diri untuk lebih baik dari semalam.

Mungkin kita tahu atau sememangnya tahu bahawa tiap tiap yang berlaku ALLAH dan mengetahuinya terlebih dahulu dari kita..dan setiap yang berlaku pasti ada hikmah dan kebaikan yang tersembunyi..

insyaalllah  cuba dan selalu ingat kata kata ini


"masalah yang bertandang akan kita lihat kecil jika kedudukan ALLAH Besar di hati kita,
dan masalah juga akan kita lihat besar jika kedudukan ALLAH SWT itu kecil di hati kita"



No comments:

Post a Comment