Thursday, February 28, 2013

Kenikmatan di sebalik Ujian

Assalamualaikum..
dengan lafaz bismillahirahmanirahim dengan nama allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..dan selawat dan salam kepada junjungan kita nabi Muhammad s.a.w serta kepada sahabat dan keluarga baginda.

Alhamdulilah bersyukur kepada hadrat ilahi..
masing dikurniakn tubuh yang sihat walafiat untuk kembali menulis di entri 
"CINTA SAMPAI SYURGA"

kali ini teringin nak berkongsi cerita mengenai detik detik pertemuan bersama seorang daei yang kehadiran dirinya cukup cukup bermakna dalam hidupku..

diri ini bukan seorang yang berpewatakan elok suatu ketika dulu, kehidupan ku boleh dikatakan kosong..
tiada apa yang menarik malah jauh dari allah.
solatku ibadatku hanya sekadar solat,
dipenuhi kerana tuntutan agama...
bukan untuk meraih nikmat cinta bersama ALLAH SWT...
jahilnya diri suatu masa dahulu, bila mengenang kembali laju sahaja air mata ini mencurah curah mengalir
terlalu banyak dosaku YA ALLAH..
namun kerana KASIHNYA DIA kepada setiap hambanya..
saat aku langkah menjauh...pelahan lahan dia menarik ku dekat denganNYA...
tapi dek kerana hati masih gelap semua itu ku tidak endahkan...

ketika melakukan dosa..ku kembali bertaubat..namun kembali semula melakukan dosa...mungkin kerana tiada sokongan dan bantuan sesiapa..dan sehinggalah , 
sampai suatu saat ketika ditimpa musibah...
jiwa benar benar jatuh malu pada ALLAH SWT kerana terlalu meminta dari menunaikan hak kepadaNYA...

YA ALLAH, ampunkan dosa dosaku..khilaf khilafku..
sungguh ku bertaubat kepadamu..
janganlah engkau biarkan diriku berpaling dariMU
walaupun sesaat.

Setelah tamat tingkatan 6, ku di panggil untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat IJAZAH SARJANA MUDA DI UUM..alhamdulillah tekad hatiku pada saat itu, aku ingin berubah YA ALLAH..
kurniakan aku sahabat2 yang mampu memimpin aku ke jalanMu..

Pada Awal semester Satu, diriku mula mencari mencari insan yang boleh dan sudi  memimpinku ke jalan ALLAH, tapi pada waktu itu...diriku masih lagi lalai dan taksub dengan hal hal keduniaan...iman masih goyang..hiburan masih menjadi peneman..
sehingga pada awal semester kedua ALLAH SWT menguji diriku dengan satu dugaan HEBAT...
ALLAHU RABHI 
 masih terbayang bayang UJIAN HEBAT itu
.. airmataku pasti berguguran mengenangkannya..

umi dan ahli keluarga ku di duga satu dugaan hebat dari 
ALLAH SWT 
.dugaan yang membawa aku bertanya pada hati kecilku...
MENGAPA AKU yang TERPILIH Merasa INI YA ALLAH...

3 malam berturut turut aku mulai 
solat sunat TAHAJUD & solat TAUBAT,
yang pada suatu dulu ku anggap solat yang untuk  mengingat kematian sahaja..dan takut untuk melakukanya.

pada waktu yang sunyi ...di hening pagi..di kolej penginapan ...airmataku bercucuran lagu mengalir...
benar benar tak mampu berhenti mengalir...
YA ALLAH AMPUNKAN AKU, 
terlalu banyak dosaku pada seawal usia ini... 
YA ALLAH,
jika ujian ini untuk bawa dirku dan keluargaku kembali padaMU...aku redha YA ALLAH...
pada saat itu hanya pada ALLAH ku meminta...selamatkanlah ahli keluargaku...sedikit perkongsian..sebenar..
umi dan adik adikku..diduga UJIAN ALLAH...
kami Diancam BUNUH...oleh seorang hamba ALLAH...
pada saat itu tiada kekuatanku selain berdoa pada ALLAH menyelamatkan ahli keluargaku, dalam pada waktu yang sama
diriku berjauhan dengan keluarga,  hanya yang ku mampu  adalah BERDOA...

hebat kuasa ALLAH SWT..
UJIAN ITU KENIKMATAN...
hadiah untuk detik detik hijrahku...
hati ku mula kuat untuk berubah...
kerana hatiku yakin dengan kuasa ALLAH...
diriku dan keluarga telah selamat...

dalam pada lelah melangkah..diriku hanya mampu berdoa..
"YA ALLAH, kau temukan diriku dengan INSAN yang mampu membawa aku ke jalanmu.ya mencintaimu..sehingga ak mampu menumpang cintanya padaMu."..
hari demi hari hari...
doa ini kutitipkan dalam doaku...

pada waktu ketika...hatiku tergerak untuk berjumpa dengan Hamba ALLAH ini...
subhanaallh mendengar suaranya dalam solat jemaah pertama kami..benar benar mendatangkan getar dihatiku...
hatiku menangis laju...
terima kasih ya ALLAH...kau hadiahkan aku seorang sahabat pemimpin ak di jalanmu...

hari demi hari usrah itu membawa sinar bahagia di hatiku 
"RESEPI CINTA USRAH"...
slot "hati ke hati" 
menjadi santapan kegemaran rohani...
dari selemah lemah pengetahuan..sehinggalah bertambah sedikit dikit ilmu pengetahuan...

banyak kenangan kami bersama...tapi kebimbangan mula bertaut pada hati..
"BIDADARI BESI KU" 
 akan menghabiskan pengajiannya..mula terdetik di hati
 "ke mana arah tuju ku" tanpa bimbingannya...
ku utarakan kepadanya...
alik alik dimarahi pula...
masih terngiang ngiang jawapannya di telinganku.

"jangan mengharap pada yang satu..cuba lah mencari ilmu di tempat dan insan insan lain juga"...

namun tak akan ada yang sama dengannya...utusan allah untukku...

perancangan allah benar benar TAKDIR YANG INDAH...oleh kerana ada sedikit masalah dengan teman sebilik,
 aku nekadkan hati untuk berpindah bilik...
dan dari blok C aku ke BLOK D..
BLOK Dihati..
di sana teman teman solehah menanti hadiah dari ILAHI..
ak yang tidak punya kekuatan untuk bertudung LABUH..
pada satu tarikh tanggal 24/3/2012 
diriku diberikan kekuatan dari ALLAH untuk menyarungkan sehelai tudung labuh pinjaman seorang sahabat solehah
..subhanaallah...
benar benar terasa damai di hati...

pada semester 4...bermulalah satu perjalanan baru dalam hidup ZANURUL AIDA
mungkin tanpa daeiku 
BIDADARI BESIKU..ASMA SAURDI
dan teman teman seperjuangan, penghibur hati 
FARAH FARHANA, ZULFA ASHAARI..NURUL AZIDA
diriku mungkin masih terkapai kapai..
terima kasih ya allah mengutuskan mereka dalam hidupku....

walaupun pada tarikh hari ini, BIDADARI BESIKU..telah pun tamat pengajian dalam bidang muamalat...
namun dakwah..teguran dan bait bait nasihatnya masih terbuku di hatiku..
terima kasih kepada ALLAH menemukan aku dengan mereka ...

dan 2 3 hari yang lalu, diriku kembali bersempatan berjumpa dengan BIDADARI BESIKU..ASMA SAURDI...
di kolej penginapan ku...lama tak bertemu..terasa rindu di hati...alhamdulillah kak asma sempat beradu di kamarku walaupun semalaman..benar benar cukup melepaskan rindu padanya..yang telah setahun tamat pengajian di UUM...

ketika kak asma mahu pulang ke negeri cik siti wan kembang, masih sempat menghantar kami(diriku dan sahabat siti salma) ke kuliah kami,
dan
seawal jam 8.00pagi..kami masih lagi snap sekeping dua gambar...
di laluan orang ramai yang sedang sibuk ke kelas masing masihng ..hihihi...
..alhamdulillah..moga menjadi memori terindah
 &
jalinan ukhwah hingga ke taman syurga ALLAH


kata kata ini setiasa meniti di bibirnya, ketika usrah kami dan sehingga sekarang untuk kami.adik adik usrahnya...



moga moga ALLAH SWT melindungi dan mengasihi
setiasa akak..
BIDADARI BESI KU..
saudari 
 ASMA SAURDI
terima kasih 
YA ALLAH

jika ku fikir fikirkan, jika tiada ujian ALLAH itu suatu ketika dahulu, siapalah diriku sekarang...
mampukah mengaris pertemuan bersama dirinya..
mampukah menyalur kebahagian hati
dekat bersama Tuhan
inilah
 yang dinamakan

'Kenikmatan Disebalik Ujian'

"takdir ALLAH itu INDAH"

No comments:

Post a Comment