Assalamualaikum..
dengan lafaz bismillahirahmanirahim dengan nama allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
dan selawat dan salam kepada junjungan kita nabi Muhammad s.a.w serta kepada sahabat dan keluarga baginda.
dah lama rupanya diriku tak menulis, tangan dah mula terasa gatal...idea terlalu banyak nak disampaikan, dari yang terbuku di hati hinggalah kepada cerita yang nak dikongsi...semua menanti..satu persatu untuk disiapkan "taip" disempurnakan dalam blog nie...
alhamdulillah, dalam sedar tak sedar..usiaku dalam menuntut pengajian ilmu bidang "KEUSAHAWAN" di UUM..telah mula mencecah 3 tahun..insyallah masih berbaki setahun sahaja lagi untuk disempurnakan...
dalam tempoh ini pelbagai ragam manusia dan ujian kehidupan bergelar siswi dinikmati satu persatu...bukan mudah saat jatuh saat ketawa saat menangis saat perit saat bahagia...semuanya bagaikan perencah dalam acuan nilai segulung ijazah yang bakal digenggami, Namun ilmu yang dipelajari bukan untuk dikur pada segulung skrol ijazah yang bakal digenggam tetapi ilmu yang tersimpan di"buku jiwa" yang harus digunakan dengan sebaiknya...sejauh mana ilmu yang boleh digunakan...adakah berdasarkan pada pointer yang kukecapi pada hari pertauliahanku bergelar "siswazah"
fikiran mengenai hal ini terkesat di hati pada hari ku melihat keputusan semester 5, agak mengecewakan hati..keputusan exam jauh tersasar dari target yang telah ditetapkan..."ALLAHU RABHI" .tertanya tanya pada diri sendiri...kenapa jadi begini...mana arah tujuku nanti...keputusan ku benar benar merosot...
Dimana silap ku...adakah tidak belajar..tidak bersedia dan tidak berdoa..Mula musahasabah diri., bukan mencari salah insan lain tapi mencari kesilapan diri sendri.."itu lebih baik"
..mungkin ini yang dikatakan mereka...
..mungkin ini yang dikatakan mereka...
"MENGEJAR SATU KEJAYAAN ITU, TAK SESUKAR MENGEKALKANNYA"
mungkin usaha dan cara belajar tak cukup nak dibandingkan pada semester semester lepas...
diriku tekad YA ALLAH
UJIAN BUKAN SEKADAR UNTUK BERTAHAN< TAPI> UNTUK TERUS KUAT MELANGKAH
ku mmujuk hati dan diri...ku tahu mungkin ini semua pasti ade hikmah yang ALLAH SWT ingin titipkan padaku...ia tak akan sesekali buat ku duduk menangis mengenang nasib diri tapi adalah
untuk ku terus bangun berlari, sisa pengajian yang berbaki bukan untuk ku sekadar bertahan menghadapinya...tetapi berlari kembali mengejar IMPIANKU...
ku mohon YA RABHI, terangi jalanku menuju cahaya ILMU...
dan gagal semalam bukan bererti ku gagal esok hari...
kerana yang pasti hari semalam sudah menjadi sejarah kenangan
tapi hari esok akan masih menjadi tanda tanda tanya sejarah apakah akan terlukis..
demi ALLAH, RASULULLAH, UMMI, ABAH, DAN KELUARGAKU
ku mesti PASTIKAN satu SEJARAH pasti TERUKIR di BINTANG KEJAYAAN
insyallah..amin3x
No comments:
Post a Comment