Saturday, May 3, 2014

Hikmah di persinggahan hidup

Assalamualaikum..
dengan lafaz bismillahirahmanirahim dengan nama allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..dan selawat dan salam kepada junjungan kita nabi Muhammad s.a.w serta kepada sahabat dan keluarga baginda.

turut didoakan moga sahabat sahabat dikasihi dalam lindungan allah swt setiasa, serta paling dicintai keluarga taman syurgaku didunia pinjamanan allah swt.

alhamdulilah, last update taman catatan hati ini, mungkin 2 bulan yang lalu, yang pada ketika itu, diriku baru sahaja menjejakkan kaki ke alam pratikal kini, diam tak diam hanya berbaki 4 minggu yang perlu ku habiskan sebelum menunggu pulang ke bumi sintok, laporan tugasan pratikal perlu ku hantar untuk membolehkan memegang segulung ijazah, hadiah istimewa untuk umi dan abah..

walaupun, hati banyak merintih menjalani latihan pratikal di P.M.S.B  melaka, namun adenya kehadiran sahabat sahabat pratikal yang mencuit hati buat ku lebih senang, telatah mereka macam macam..allah..
sesungguhnya diriku tidak mengetahui hikmah terbaik, mengapa aku di hantar ke  sini, namun biarlah yang baik ku genggam menjadi tauladan diri, ilmu yang kukutip nampu menjadi pedoman pelayaran kehidupan..
alhamdulilah, mungkin salah satu hikmahnya diriku mampu bangun berdiri mendirikan solat dhuha, masih ku ingat , ketika sibuk mencari tempat pratikal di saat saat akhir semester lalu, ku sempat panjatkan doa padaNYA, agar tempat pratikal ku nanti mampu mengizinkan diriku agar terus istiqamah dengan solat dhuha , dan mudah menunaikan solat wajib..hal ini keraana kebimbangan menghantui diri bila ade mendengar desas desus sahabat yang berkerja dan berpratikal bahawa hendak menunaikan solat pun perlu curi curi masa...mungkin disini lah hikmahnya..allah hantarkan ku ke tempat yang mudah cara menunaikan kewajipan pada sang pencipta ALLAH Yang Maha Esa....

mohon ya allah, engkau selalu pelihara diriku  walau dimana ku melangkah di bumi..ssesungguhnya telah ku lalui jalan yang penuh berduri dan gelap tanpa cahaya itu, sakitnya jauh dariMu, tak sanggup ku lalui lagi :'(

ku akhir kalam ini , dengan sebaris doa agar diriku, kamu, keluarga , dan sanak saudara muslim dan muslimat dalam lindungan allah dan istiqamah di jalan kebenaran.

Rasulullah saw berpesan kepada Muaz supaya sentiasa membaca doa berikut setiap selesai menunaikan solat ...dan doa ini adalah kekuatan untuk terus istiqamah dalam amal soleh sehingga saat keluar roh dari jasad. 

" Ya Allah, bantulah aku dalam mengingatiMU, mensyukuri segala nikmatMu dan memperbaiki segala ibadah dan pengabdianku ( kepada ALLAH)".

kian bertemu lagi di medan penulisan ini.
 Akhir kalam
"biarlah dalam denyut nadi gentar jantung itu ada namaNYA"

wa ilal liqa' mas'as salama

No comments:

Post a Comment