Sunday, March 2, 2014

cerita cinta 3bulan

Assalamualaikum..
dengan lafaz bismillahirahmanirahim dengan nama allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..dan selawat dan salam kepada junjungan kita nabi Muhammad s.a.w serta kepada sahabat dan keluarga baginda.

turut didoakan moga sahabat sahabat dikasihi dalam lindungan allah swt setiasa, serta paling dicintai keluarga taman syurgaku didunia pinjamanan allah swt.

dah berkurun lamanya menulis mengisi hari hari kehidupanku di laman kata kata hati, last update bulan november..."busy"nya cik kak kita ni kan..padahal duk mengadap laptop je kat bilik...maklumlah semester akhir di uum telah ku habiskan dengan berjaya, alhamdulilah syukur pada allah...sekejapnya masa yang dipinjamkan padaku..menuntut ilmu 4tahun di UUM telah berlalu sekelip mata sahaja..subhanaallah kenangan kenangan di UUM masih segar di memori. Tidak dapatku nafikan takdir allah menghantarkan ku menuntut ilmu di bumi sintok telah banyak pengalaman yang diriku dapat...Apa yang paling bermakna di menara gading itulah diriku mula mengenal erti persahabatan di jalan allah, mengenal makna sebuah kehidupan, mengenal makna Cinta ALLAH swt yang sebenar benar, mengenal erti rindunya pada Rasulullah saw kekasih hati dunia akhirat..
allahu rabhi..moga diriku masih terus istiqamah belajar mengenal erti kehidupan di jalan redha dalam kehidupan dunia luar yang penuh gelora lautan ujian ini..
dan
sesungguhnya setiap ujian yang perlu diriku lalui tidak lain tidak bukan adalah demi meningkatkan keimanan diriku sendiri.
kini..pada hari ini diriku mula belajar mengaplikasikan apa yang tuntut di bumi bertuah UUM untuk masa depanku di tempat pratikal ku Pemasaran Melaka Sdn bhd, yang mungkin tempat praktikal yang ku inginkan..walaupun tempat ini bukanlah tempat yang ku idam idamkan dalam menuntut ilmu perniaggaan seperti Sme Corporation. Insyaallah akan terus berusaha mencari ilmu sebanyak mungkin di tempat ini..
akan ku kuatkan hati berpegang teguh pada kata kata cintaNya pengubat hati

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)

moga di sini pilihan  terbaik dan mempunyai seribu hikmah untukku ...

kenangan semester akhir dengan Prof Dr Sobri, pensyarah seminar keusahawananku..

walaupun ragam prof sobri banyak menjengkelkan hati, namun ku yakin setiap tutur katanya ada hikmah dan nasihat yang tersembunyi yang ingin beliau ingin sampaikan..

masa teringat pesannya " kamu dilahirkan dan dididik untuk menjadi seorang usahawan dan bukan dilatih dan dididik untuk menjadi seorang pensyarah"
ingat hanya insan terpilih sahaja berada di kelas ini !!!

moga allah memberkati setiap ilmu yang Prof Sobri berikan.
sahabat sahabat Ijazah Keusahawanan...save  sweet memory ^_^
sekejapnya meninggalkan zaman belajar, nak sambung master boleh =D

sekarang zaman praktikal plak 
ni geng budak praktikal yang baru, setiap orang ade kerenah masing masing lah, ore klate kate " Mace mace pael "
yang buruk kita tinggalkan yang baik kita abadikan :)
Kusyare dan fatin budak Kuim
fafa, azie , dan hafiz budak uitm Melaka
diriku budak UUM :)
yang kedua hujung abaikan :)
ni masa hari kedua di Pemasaran Melaka Sdn Bhd 
"seminar wasatiyyah"
ada input penting dalam seminar ini, ingin ku tulis sesuatu nanti.

dan setiap yang kita lalui dalam dunia ini tiada yang kekal abadi, setiap antara kita akan berhadapan dengannya dan apabila tiba suatu hari nanti ia pasti berlalu 
kata orang tua
"jika tidak berpisah hidup, pasti berpisah Mati"
fitrah kehidupan setiap pertemuan pasti ada perpisahan..

(Hadis Riwayat Bukhari)
Maksudnya: Daripada Abdullah Ibn Umar Radiyallah 'Anhuma, katanya: 
"Rasulullah S.A.W.memegang bahuku seraya bersabda: Jadilah di atas dunia ini sebagai seorang perantau. Ibn Umar berkata: Apabila kamu berada pada waktu petang, janganlah tunggu menjelangnya waktu pagi. Apabila kamu berada pada waktu pagi,jangan tunggu menjelangnya waktu petang. Gunakan peluang untuk beramal semasa kamu sihat untuk persediaan ketika kamu sakit dan semasa kamu hidup untuk persediaan matimu"

intisari nya :Rasulullah S.A.W. mengajar kita supaya menganggap dunia ini sebagai tempat  persinggahan. Hidup yang kekal abadi hanyalah di akhirat nanti. Kehidupan kita ibarat kehidupan seorang perantau yang singgah di tempat persinggahannya untuk mengumpul bekalan buat perjalanannya yang masih jauh.

dan sampai disini dahulu, bila ada jodoh antara kita,insyaallah  pasti kian bertemu lagi di medan penulisan ini.
 Akhir kalam
"biarlah dalam denyut nadi gentar jantung itu ada namaNYA"

wa ilal liqa' mas'as salama

No comments:

Post a Comment