Saturday, March 9, 2013

♥♥PertolonganNYA ♥♥

Assalamualaikum..
dengan lafaz bismillahirahmanirahim dengan nama allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..dan selawat dan salam kepada junjungan kita nabi Muhammad s.a.w serta kepada sahabat dan keluarga baginda.

di waktu  petang sabtu ini, terasa sunyi bersarang di hati..dapat ku rasa hatiku mula rasa kosong..rasa sunyi..entah mengapa..di tanya pada diri..muhasabah diri..mungkin kurangnya mengaji..kurangnya berzanji..memuji muji ilahi..

dan kata kata ini, menusuk hatiku ketika on9 twitter..benar benar muhasabah diri.

"Bila kita banyak berfikir tapi kurang zikir, kurang dikaitkan kepada Allah pasti akan berbuah ketidaknyamanan hati "

Allahu rabhi
Engkau isikan la rasa kosong ini dengan kecintaan kepadaMu dan kekasihMu Rasulullah sepenuh
bimbang juga diriku, takot takot...rasa kosong ini di isi dengan hasutan syaitan..pelbagai perkara tak dijangka  akan menghampiri..
nauzubillahimnzalik

selesai menyiapkan assigment Business Growth tadi pagi, ku ambil sunnah rasulullah saw tidur sekejap di waktu tengari..sesudah azan zohor kedengaran , bangun menunaikan kewajiban padaNYA..

setelah usai semuanya, ku terdetik untuk bertanyakan khabar  beberapa orang sahabat, tentang assigment Business Growth..
ada yang sudah selesai, dan ada juga dalam usaha menyiapkannya..mungkin sedikit tertekan saat ini.
Tambahan pula, lec kami merupakan seorang yang sangat cerewet, sehingga dikenali sebagai lec "KILLER" sejak dari zaman senior seniorku yang telah pon GRADUATE sehingga la zaman ku bergelar senior yang bakal Graduate..

Lec ini merupakan lec yang boleh dikatakan tidak dsukai pelajar, mana tidaknya,ramai jugalah di kalangan sahabat-sahabat yang terpaksa 'repeat' kertasnya, dan sifat cerewetnya tidak kurang pula.
Namun , tidak akan ada seorang manusia pun mampu menandingi kuasa ALLAH, ku yakin ALLAH lebih hebat dari
 "lec KILLER" ku...^^

Ku cuba menenangkan hati sebelum menyiapkan assigment..
wuduk ku capai, solat dua rakaat ku dirikan, mohon kepada ALLAH, dipermudahkan urusanku untuk menulis dan menyiapkan tugasan ini..yang ku kira assigment paling "taff" untuk semester ini...terlalu banyak syarat untuk diikuti dalam menyiapkannya..antara syaratnya ialah 6500-7000 patah perkataan, sedangkan tugasan ini hanya mempunyai 3 orang sekumpulan...jadi perlulah ia dibahagikan 3..
setiap ahli kumpulan ku perlu menyiapkan tugasan ini dengan sebanyak 2500 patah perkataan setiap seorang..
aishh jenuh jugak nak menulis.
jika jarang menulis.^^

Alhamdulillah ku yakin dengan Kuasa ALLAH, semua urusan mudah sahaja ku siapkan..lancar sahaja idea datang mencurah curah ketika menyiapkan tugasan..
Subhanaallh Kuasa ALLAH..
dalam tempoh 3 hari tugasan ini ku selesaikan...
moga moga markah yang akan diperoleh juga mengembirakan...

terdetik di hati kecilku...ku yakin ini semua pertolongan ALLAH SWT...
setiap kali ingin meneruskan penulisan tugasan ini, ku usahakan supaya diringankan jasad untuk berwuduk dan mendirikan solat hajat 2 rakaat kepadaNya..
ternyata ALLAH SWT..itu MAHA MENDENGAR..
dan
Rasulullah S.AW juga  pernah bersabda

 maksudnya :
“Barangsiapa mempunyai apa-apa hajat, hendaklah ia berwuduk, kemudian sujud kepada Allah, sambil membaca tasbih Nabi Yunus sebanyak 40 kali dengan cara jari telunjuknya menghadap ke arah kiblat ketika ia sujud. Sesungguhnya sesiapa yang berbuat demikian akan diperkenankan doa dan permintaannya.”

dan

Sabda Rasulullah SAW maksudnya :

“ Sesungguhnya aku ketahui satu kalimah yang apabila dibaca oleh mereka-mereka yang ditimpa bala atau kesusahan, Allah akan lepaskan si pembacanya dari kesusahan. Kalimah tersebut ialah tasbih saudaraku Nabi Yunus a.s.

“ La ilaha illa anta subhaanaka inni kuntu minazzholimiin.”
(Tidak ada tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sungguh aku termasuk orang-orang yang zalim


dan hasilnya, alhamdulillah..semua berjalan lancar..
♥♥ terima kasih  YA ALLAH♥♥
amalan ini insyaallah jika di amalkan , akan dipermudahkan OlehNYa...
dan ku berdoa agar kita sama sama istiqamah dalam melaksanakannya
Insyaallah. 

No comments:

Post a Comment