Monday, April 1, 2013

♥Pilihan ALLAH ♥

Assalamualaikum..

dengan lafaz bismillahirahmanirahim dengan nama allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..dan selawat dan salam kepada junjungan kita nabi Muhammad s.a.w serta kepada sahabat dan keluarga baginda.
kali ini nak berkongsi cerita..

tentang pilihan ALLAH...
diriku
 USAHAWAN MUDA
dari
 Golongan HAWA


untuk bergelar seorang "usahawan muda"
lebih lebih lagi di kalangan  "kaum hawa"
bukanlah mudah..banyak perkara yang perlu dititipberatkan..
penat, letih, pening  kepala , kene marah nak marah..untung rugi..

semua menjadi Asam Garam dalam sebuah lukisan kehidupan bergelar

" SISWI lulusan Entreprenuer"

daripada banyak banyak bidang yang paling tidak disukai
"ALLAH hantar diriku ke Sini"..
ye ...ALLAH yang hantar ak ke sini
.menuntut Ilmu..Jurusan Ini...
Bidang yang suatu masa dahulu
ak berlari menjauhkan diri..
perkara yang paling tak diminati..

kalau nak dicerita diriku
lebih meminati bidang KETENTERAAN
nak masuk "Air FORCE"...hehe
dan
PAkAR PSIKOLOGI..
mungkin disebabkan zaman sekolah 
diriku amat aktif dalam bidang kawat kaki 
KADET REMAJA SEKOLAH
dan 
kepimpinan Pengawas
dalam Pembimbing rakan Sebaya
dua skop perkerjaan ini yang menjadi 
pilihan utama..

sehingga kan
lulus sahaja dari SPM
temuduga Navy Wanita 
menjadi pilihan

jawatan jawatan dalam 
SPA 
yang menjadi pilihan Utama juga 
Pegawai Psikologi

tapi takdir Indah dari Pencipta
temuduga yang pergi
kedua duanya 
GaGaL

dua bidang nie memang 
 tak pernah luput di fikiran
ade sahaja cara untuk mendapatkan jawatan tersebut, sehinggalah mendapat tawaran pengajian di UUM

"BACELOR ENTREPRENUERSHIP"

masih segar di ingatan
pada hari keputusan UPU diumunkan
sahabat ku ILANI & DIYANA yang tolong semakan
kata tahniah dari sahabat

" da, tahniah dapat UUM coz ENTREPRENUERSHIP"

ya ALLAH ...berlinangan air mata 
aaaaa....antara suka dan tidak
 terbahagi sama banyak..
suka sebab boleh Universiti..alhmdulillah cita citaku, hasrat umi abah dapat ditunaikan..
tapi
cos nie...
tak suka...
menangis....
menangis...
dan menangis..
kenapa CoZ ini!!

saat itu, 
ummi la pengejuk hati..
kata UMMI

"alaaa kaktie, pergi sahaja la UUM 2, ambik je couse KEUSAHAWANAN tu..
ambik coz 2..bukan bermakna nak kena berniaga pon...gunakan level degree 2 dan mitak POLIS, ke Kerja Pejabat ke"

ummi, memang setiasa menyokong diriku, dalam ape sahaja bidang dan pelibatan yang kuceburi..tak pernah menghalang kehendak anak sulungnya..malah setiasa kuat menyokong saat jatuh dan bangun..

masih teringat doa yang dititipkan semasa ulangtahun kelahiranku yang ke 22
"semoga ktie berjaya dalam apa jua bidang yang ktie ceburi"
terima kasih ummi..

 dan 
dengan kata kata semangat 
 .. dari ummi..
itulah
akhirnya diriku smpai ke SINI..
dengan tidak Rela Hati..
malas dan tak suka berbaki..
target nak lepas degree je..
lepas 2 nak apply polis or AIR FORCEE
tapi..
ade satu kenangan mencuit hati
heheheheh...
pada awal semester satu..
diriku apply 
"palapes air force"
eheheh
ramai yang tak tahu..ku cabut lari...ehheheh
tak tahan kene traning..
sempat traning tak sampai sebulan..
terus berhenti..
tak larat la..
hari hari jalan macam "ketam"
sakit Urat...
hehehehehhe
so 
pelahan lahan cita cita itu
pudar di ingatan..
baru tahu penangan palapes je..
belum yang betul-betul "air force" lagi...
hehehe ^_^
lucu kan..aida ..aida..

dan 
pelahan lahan terima skop jurusan ini
naik je semester kedua
buat hal nak tukar Coz plak dah..
mungkin keputusan yang kurang baik..
hati bercadang nak tukar coz..
tapi semangat nya.."hangat hangat tahi ayam je"
last last xhantar pon permohonan..

jika dipikir pikirkan..
Jurusan KEUSAHAWAN 
diperolehi
 mungkin disebabkan oleh keputusan 
STPM ku yang agak cemerlang dalam subjek
"Pengajian Peniagaan"
yang ku pilih aliran ini
kerana 
"Ikut Kawan"

benarlah kata dari 
AYAT AYAT CINTA ALLAH

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)

Jurusan ini
yang satu masa dulu 
tak ku sukai..
akhirnya...pelahan lahan tumbuh..dan mekar rasa Cinta 
dalam hati...yang tanpa ku sedari..
subhanaallah 
Maha Suci ALLAH..
hebat benar aturannya...

dan bermula dari awal semester 3
dari perkara yang suka suka
akhirnya menjadi sebuah "syarikat pemilikan tunggal"
yang berdaftar
yang dinamakan atas namaku sendiri
atas usaha sendiri
sokongan dan doa doa
dari keluarga dan teman
banyak membantu melengkapi 
"cerita ini"

alhamdulillah..walaupun masih bertatih..
banyak ilmu yang ku pelajari...
mungkin darah usahawan sudah lama mengalir dalam tubuh ini..
Ummi...
wanita usahawan Ibu tunggal 
yang menjadi "role model" utama  dihati.
membuatkan..diriku terpilih dalam
bidang ini...

dan hari ini pada semester 6
usaha perniaagaan ku
sudah mencapai 
"setahun setengah"
masih baru dan mentah..
tapi alhamdulillah

bukan senang nak senang
dan bukan susah nak susah..

banyak perkara yang perlu kukorbankan.
airmata 2..peneman paling setia
KASIH dan CINTA ALLAH
setiasa mengubat jiwa 
saat ku jatuh..
kauselor paling hebat adalah DIA
....
moga ALLAH memudahkan Urusanku 
untuk bergelar Usahawan Muda 
berjaya dari Golongan HAwa..
&
istiqamah di JalanNyA
keuntungan  yang  di[peroleh bukan untuk kepentingan diri
tapi untuk kebahagian bersama yang dikongsi..

kERnA
berada ku di sini
adalah
 PILIHAN ALLAH

sebab dan hikmahnya..
tersimpan rapi dalam rahsia aturan takdirnya
kerana Dia yang Maha Mengetahui
akan hal segala sesuatu itu dibelakang hari dan dihadapan hari.






No comments:

Post a Comment