Sunday, March 24, 2013

Indahnya Hawa d mata AdaM


Assalamualaikum..
dengan lafaz bismillahirahmanirahim dengan nama allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..dan selawat dan salam kepada junjungan kita nabi Muhammad s.a.w serta kepada sahabat dan keluarga baginda.

allamdulillah..malam isnin yang lalu, diriku sempat mencari ilmu..bersama daie kesayangan akak ASMA SAURDI

memang telah dikhabarkannya untuk datang lagi..kerana ada jemputan daripada DPP MAS memberikan sedikit ceramah SLoT 
"INDAHNYA HAWA DIMATA ADAM"

dan buat sekian tambahan kalinya...dia bertandang lagi di kamar kecil ku...kali ini lama sedikit melepaskan rindu...3hari 2malam..pelbagai rasa kami kongsikan..
alhamdulillah banyak manfaat yang diperoleh..

sehinggalah tibanya..
malam slot ceramah kak Asma Saurdi
agak kelam kabut diriku malam itu,
maklum la..dpp MAS dan dpp Petronas 
agak jauh jugak perjalananya..
menunggu bas pun, bagai menunggu hujan turun di waktu panas
tidak pasti ada ke tidak
akhir sekali..
diriku dan sahabat sahabat mengambil keputusan..
untuk berjalan sahaja

alhamdulillah..dari berlari anak sehingga la berjoging
sampai jugak..ke sana..
fuhh..berpeluh basah jugak la..^_^
xpe...kurus skit :)

dan alhamdulillah..
slot yang tak rugi untuk di dengarkan..
pengisian yang menarik..
ade moral
ada kata kata cintaNYA
ada kelakarnya..

di akhir slot..sempat bergambar dengan sahabat2 seangkatan..


tak lupa gambarnya

dan di saat akhir slot ceramah ...kak asma..menitipkan pesanan

"Usah bermimpi untuk menjadi sepertiku,
tapi berusahalah untuk menjadi lebih baik dariku."

subhanaallah..ku benar kagum perjuangan dirinya
moga suatu hari nanti boleh menjadi lebih baik darinya

dan pagi itu, seawal jam 7.30 pagi
kak asma berangkat pulang
pesanan yang dititipkan dalam pelukkan ukhwah


"cari ILMU"

ya..terima kasih akak..
moga ALLAH SWT kuatkan langkah jasad dan rOH saya 
melangkah untuk terus 

mencari ILMU..
mencintai ILMU


Friday, March 15, 2013

hari ini 15/03/13


      hari ini 15/03/15


ku hampir lupa, tanggal itu detik itu
8.20 pm 15/03/09


die..insan kecil buah hati kami sekeluarga..
matanya telah tertutup rapat..
kembali pulang pada Sang Pencinta Yg Berkuasa..
pergi meninggalkan seribu kenangan untk kami..
hadiah sebuah pertemuan dalam syurga dunia ilahi..
bagaikan sekelip mata, ia pergi dari kami
yang mampu ditatap hanya beberapa keping gambar akhirnya
bagaikan tahu dia akan pergi
tinggallah senyuman akhir di potret

bagaikan semalam ia berlaku
hari ini kami bangun tanpa dia lagi
4tahun sudah berlalu
yang tinggal hnya pusara 
mengubat kerinduan

Ya allah rindunya pada dia..
rindu untuk membelainya, bermanja bergurau mesra, mendengar ketawa kecilnya..
namun, hakikatnya 
hari ini dia lebih bahagia di sana..

semoga nama ini bahagia di sisiNYA slmanya
Muhamad Alfianshah Ramadhan
  
kusimpan wajahmu dihatiku


 

Sunday, March 10, 2013

Terlalu Rindu♥♥♥


Assalamualaikum..
dengan lafaz bismillahirahmanirahim dengan nama allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..dan selawat dan salam kepada junjungan kita nabi Muhammad s.a.w serta kepada sahabat dan keluarga baginda.


ketika ini diriku sedang leka myiapkan
 "kerja sekolah" ku  subjek mandarin..
ditemani buaian nasyid di Ikim...
tiba tiba..lagu ini..
lagu ini buat airmata ku mengalir..
Ya Allah, rindunya diriku pada Dia ...
...Terlalu rindu..
..benar benar terlalu rindu..
Dia insan yang sgt Istimewa
walau tidak pernah berjumpa
hatiku setiasa merindu Dia
izinkanku 
Ya ALLAH
..menCIntakan Dia KEKASIHmu...
namun
Ya allah, layakkah diriku mendapat Cinta kekasihMu...


Ya Rasulullah

terasa kerdilnya diri untuk mendapat CintaMu
diriku umat yang sering melupakan CIntamu
yang sering lupa membalas RinduMu

Ya Rasulullah
maafkanlah diriku
andai Cinta  dan Rinduku
tak mampu menandingi
CInta dan kasihMu
:'(



Rasulullah dalam sirahMu
 Ku temu tulusnya cinta
Demi umatMu berkorban jiwa
Sehingga hujung nyawa

Kau di utus atas nama Kebenaran
Dengan fasih lidah beri penjelasan
Sabar dalam apa jua keadaan
Tak goyah dengan ranjau tekanan

Walau diri bisa menakluki tahta
Tetap rendah hati penuh sederhana
Segalanya demi LillahiTaala
Azimat yang berharga

Rasulullah dengan hikmahMu
Terpancar syiar agama
Mengubah gelap Menjadi terang
Menghapus jahiliyah

Rasulullah Engkau tinggalkan
Semangat juang tertinggi
Membina satu aqidah
Membangun Iman dan dilapangan Mujahadah

Sahih hadith dan AlQuran
Menjadi sumber cahaya pedoman
Hanya itu yang Kau wariskan
Akan selamat di dunia akhirat

Rasulullah Terlalu Rindu
Padamu Junjungan Jiwa
Didalam sunnah yang utama
Menyambungkan kasih denganMu

Rasulullah dalam sirahMu
Ku temu tulusnya cinta
Demi umatMu berkorban jiwa
Sehingga hujung nyawa
Rasulullah dengan hikmahMu
Terpancar syiar agama
Mengubah gelap Menjadi terang
Menghapus jahiliyah
Ya Rasulullah Ya HabibAllah
Pabila terkenangMu mengalir air mataku



Saturday, March 9, 2013

♥♥PertolonganNYA ♥♥

Assalamualaikum..
dengan lafaz bismillahirahmanirahim dengan nama allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..dan selawat dan salam kepada junjungan kita nabi Muhammad s.a.w serta kepada sahabat dan keluarga baginda.

di waktu  petang sabtu ini, terasa sunyi bersarang di hati..dapat ku rasa hatiku mula rasa kosong..rasa sunyi..entah mengapa..di tanya pada diri..muhasabah diri..mungkin kurangnya mengaji..kurangnya berzanji..memuji muji ilahi..

dan kata kata ini, menusuk hatiku ketika on9 twitter..benar benar muhasabah diri.

"Bila kita banyak berfikir tapi kurang zikir, kurang dikaitkan kepada Allah pasti akan berbuah ketidaknyamanan hati "

Allahu rabhi
Engkau isikan la rasa kosong ini dengan kecintaan kepadaMu dan kekasihMu Rasulullah sepenuh
bimbang juga diriku, takot takot...rasa kosong ini di isi dengan hasutan syaitan..pelbagai perkara tak dijangka  akan menghampiri..
nauzubillahimnzalik

selesai menyiapkan assigment Business Growth tadi pagi, ku ambil sunnah rasulullah saw tidur sekejap di waktu tengari..sesudah azan zohor kedengaran , bangun menunaikan kewajiban padaNYA..

setelah usai semuanya, ku terdetik untuk bertanyakan khabar  beberapa orang sahabat, tentang assigment Business Growth..
ada yang sudah selesai, dan ada juga dalam usaha menyiapkannya..mungkin sedikit tertekan saat ini.
Tambahan pula, lec kami merupakan seorang yang sangat cerewet, sehingga dikenali sebagai lec "KILLER" sejak dari zaman senior seniorku yang telah pon GRADUATE sehingga la zaman ku bergelar senior yang bakal Graduate..

Lec ini merupakan lec yang boleh dikatakan tidak dsukai pelajar, mana tidaknya,ramai jugalah di kalangan sahabat-sahabat yang terpaksa 'repeat' kertasnya, dan sifat cerewetnya tidak kurang pula.
Namun , tidak akan ada seorang manusia pun mampu menandingi kuasa ALLAH, ku yakin ALLAH lebih hebat dari
 "lec KILLER" ku...^^

Ku cuba menenangkan hati sebelum menyiapkan assigment..
wuduk ku capai, solat dua rakaat ku dirikan, mohon kepada ALLAH, dipermudahkan urusanku untuk menulis dan menyiapkan tugasan ini..yang ku kira assigment paling "taff" untuk semester ini...terlalu banyak syarat untuk diikuti dalam menyiapkannya..antara syaratnya ialah 6500-7000 patah perkataan, sedangkan tugasan ini hanya mempunyai 3 orang sekumpulan...jadi perlulah ia dibahagikan 3..
setiap ahli kumpulan ku perlu menyiapkan tugasan ini dengan sebanyak 2500 patah perkataan setiap seorang..
aishh jenuh jugak nak menulis.
jika jarang menulis.^^

Alhamdulillah ku yakin dengan Kuasa ALLAH, semua urusan mudah sahaja ku siapkan..lancar sahaja idea datang mencurah curah ketika menyiapkan tugasan..
Subhanaallh Kuasa ALLAH..
dalam tempoh 3 hari tugasan ini ku selesaikan...
moga moga markah yang akan diperoleh juga mengembirakan...

terdetik di hati kecilku...ku yakin ini semua pertolongan ALLAH SWT...
setiap kali ingin meneruskan penulisan tugasan ini, ku usahakan supaya diringankan jasad untuk berwuduk dan mendirikan solat hajat 2 rakaat kepadaNya..
ternyata ALLAH SWT..itu MAHA MENDENGAR..
dan
Rasulullah S.AW juga  pernah bersabda

 maksudnya :
“Barangsiapa mempunyai apa-apa hajat, hendaklah ia berwuduk, kemudian sujud kepada Allah, sambil membaca tasbih Nabi Yunus sebanyak 40 kali dengan cara jari telunjuknya menghadap ke arah kiblat ketika ia sujud. Sesungguhnya sesiapa yang berbuat demikian akan diperkenankan doa dan permintaannya.”

dan

Sabda Rasulullah SAW maksudnya :

“ Sesungguhnya aku ketahui satu kalimah yang apabila dibaca oleh mereka-mereka yang ditimpa bala atau kesusahan, Allah akan lepaskan si pembacanya dari kesusahan. Kalimah tersebut ialah tasbih saudaraku Nabi Yunus a.s.

“ La ilaha illa anta subhaanaka inni kuntu minazzholimiin.”
(Tidak ada tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sungguh aku termasuk orang-orang yang zalim


dan hasilnya, alhamdulillah..semua berjalan lancar..
♥♥ terima kasih  YA ALLAH♥♥
amalan ini insyaallah jika di amalkan , akan dipermudahkan OlehNYa...
dan ku berdoa agar kita sama sama istiqamah dalam melaksanakannya
Insyaallah. 

Friday, March 8, 2013

Kegagalan Berubah Iman♥♥♥.

Assalamualaikum..
dengan lafaz bismillahirahmanirahim dengan nama allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..dan selawat dan salam kepada junjungan kita nabi Muhammad s.a.w serta kepada sahabat dan keluarga baginda.

alhamdulillah, dalam sibuk sibuk menyiapkan tugasan kuliah "business growth" sempat lagi update blog ^^ 

curi curi masa sikit..

sebenarnya tak ade ape yang nak dikongsi dengan sahabat, cuma terdetik nak post serangkap kata kata, yang juga mungkin puisi mungkin lagu , yang diriku sendiri tak ketahui sumbernya..

namun
bait bait kata katanya
menyentuh hati kecilku..


♥♥. Kegagalan Berubah Iman .♥♥.

Ya ALLAH…

dia terlalu indah tuk dilupakan…
terlalu sedih jika dikenang…
betapa hatiku bersedih…
mengenang semua yang berasal darinya…

Ya ALLAH…

masih membekas bayangan akan dirinya…
yang telah mengisi relung hatiku…
disetiap sapaannya… serta disetiap kata-katanya…
mengandung keceriaannya…

Ya ALLAH…

hamba memang lemah…
tapi mengapa dia memberikanku harapan?
seraya harapannya aku pun langsung melayang…
langksana burung yang bebas kemana-mana…

Ya ALLAH…

kini ku telah jatuh dari langit dan hancur berkeping-keping…
tertembak oleh peluru yang tepat pada bagian sayapku…
sekarang aku pun tau… harapan itu palsu…
sayapku pun sudah rapuh dan tak bisa terbang kembali…

Ya ALLAH…

andaikan hamba boleh memilih…
hamba kan memilih menjadi bagian dari lautan_MU…
karena sekalinya ternodai…
ia kan cepat kembali bersih dan tertata seperti semula…

Ya ALLAH…

apabila ini sudah menjadi takdir hamba…
hamba harap agar Engkau membimbingku pada jalan yang benar…
jangan Kau sesatkan hamba karena kegagalan seperti ini…
hamba yakin dengan kegagalan ini… 
agar hamba menjadi lebih beriman pada_MU…

nilai kata kata ini, mempunyai seribu makna yang sukar di mengerti...
hanya hati tertentu bisa mengetahui...
kuasa ALLAH luas terbentang dalam Takdirnya
(✿◠‿◠)




Sunday, March 3, 2013

Bisnes dan Dakwah ^^


Assalamualaikum..
dengan lafaz bismillahirahmanirahim dengan nama allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..dan selawat dan salam kepada junjungan kita nabi Muhammad s.a.w serta kepada sahabat dan keluarga baginda.

walaupun, pada saat dan ketika ini..badan dan mula merasakan tidak balas untuk "sakiT" ...mula dah nak deman, tapi diriku kuatkan hati untuk menulis tentang entri ini...ialah sakit 2 tubuh...lemah badan..bukan sakit tangan untuk menaip kan, facebook boleh 0n 24jam..inikan pula untuk menulis entri "bisnes dan dakwah" untuk kali ini..Tubuh yang kesejukan dapat lagi ditahan, tapi idea menulis mungkin saje boleh hilang :)

ketika menjenguk page 
http://www.facebook.com/AzMuslimahCollection
dan meneliti fb bisnes

teringat pula kenangan ketika bisnes AZ MUsliMAh ini mula naik dan dikenali di pasaran UUM dan sekitar kedah..pelbagai kenangan manis...terlukis dalam memori hidupku untuk berusaha mencari rezeki, yang pada waktu yang sama terpikul tanggungjwab menuntut ilmu di uum.

teringat kata kata semangat dari seniorku merangkap penasihat :)
kak farah dan kak jue..seniorku yang telah pun menamatkan pengajian mereka di uum..kata mereka

"bagus, berniaga sambil berlajar ni, dalam pada waktu yang sama kita boleh aplikasikan apa yang kita berlajar di kelas"

benar sekali kata mereka, ilmu yang di perolehi di kelas mudah sangat difahami jika di aplikasikan pada perniagaan...pada masa yang sama 2 kaedah ini berjalan serentak "teori dan pratikal"

di sini ku ingin kongsikan kenangan saat permulaan perkembangan bisnes..terasa cukup bahagia di hati pada hari itu..yang ku perolehi dalam status fb pada bulan september yang lalu.


"subahanaallah..-->kisah hari ini

dari jam 6.30pg -11.00mlm
xberhenti henti menguruskan ptadbiran Az Muslimah Uum/ Az Muslimah Collection dari segi aspek check stok hingga la kepda srvce delivery..spanjang tempoh ni,aishh macam2 kerenah jumpaa laa hari ini ^__^ ade yg lucu,kgum n ade jgk menguji kesabaran:P, subahanaallah penatnya badan tuhan je tahu tpi semua hilang apabila ikhlas berbakti kerana CIntakn ALLAH..
HATI yg jemu dan JASAD yg mula lesu berubah apabila sejuk hati memandang para pembeli aspecially student2 uum mula dn mencuba menutup aurat dengan sempurna dengn megenakn baju muslimah ataupun inner tudung dari bisnes sy..subahanaallah,hlang serta merta..bahagia tpula erasa..

satu kisah yg ckp buat saya kagum n terharu,apabila seorg adik junior membeli baju muslimah ko-k utk ko-k KO-MAKENIK(seorng gadis belajar membaiki,HEBAT..tapi batsan aurat ttp dijaga..moga allah menjagamu stiasa syang)..

alhamdulillah ALLAH kurniakn kudrat tulang 4kerat ini,untk menyampaikn ssuatu yg sy harap berguna pada mereka..alhamdulillah ,syukur padamu ya allah...

sya doakn kpd ssiapa yg membntu pgursan bsns sy hr ini scr lnsung @ x, moga ALLAH Lindung n rahmati kalian dunia akhrt..jgn risau PAHALA ALLAH x terhad, mgkin sja pertolongan kamu td telah tercatik di muka kitab amalan kita...CINTA ALLAH CINTA ABADI"

22, september ,2012..Sumber Fb RINDU UMIADEQ

sesunguhnya, kesulitan hari itu, allah swt telah permudahkan dengan senang sahaja, halangan untuk menghantar barangan customer..mudah ku selesaikan..

semoga usaha "mencari rezeki sesuap nasi", diriku dan sahabat yang membantu dalam urusan perniagaanku mampu menyembarkan dakwah islam melalui permakaian...

ku berharap pada ALLAH swt, moga moga perniagaan ini mampu mengajak mereka ke arah kebaikan melalui pemakaian yang bersyariat..
walaupun ku hanya mampu mengubah dalam kuatiti sedikit, ia sudah cukup mendatangkan kesyukran
kata orang

"Biar sedikit kuatitinya, yang penting tinggi kualitinya"

begitu jua permulaan  perniagan ini, 

"biar sedikit pembelinya, yang penting teruskan istiqamah mereka"

dan 

bukankah ade pepatah melayu

"berakit rakit ke hulu, berenang renang ke tepian
bersakit sakit dahulu, bersenang senang kemudian...
insyaallah

yang sikit itu, jika dikumpul kumpul mampu menjadi bukit"
amin..

tak salah untuk berfesyen, asalkan ia melepasi syariat yang telah digariskan oleh agama islam..
dan 

"Sesungguhnya Allah SWT itu cantik dan amat suka kepada kecantikan"


diriku sendiri pun, sedang memperbaiki mutu keluaran produk 
AZ MUSLIMAH COLLECTION

mohon sahabat sahabt doakn ye..
^____^
semoga dipermudahkan olehNYa..

Thursday, February 28, 2013

Kenikmatan di sebalik Ujian

Assalamualaikum..
dengan lafaz bismillahirahmanirahim dengan nama allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..dan selawat dan salam kepada junjungan kita nabi Muhammad s.a.w serta kepada sahabat dan keluarga baginda.

Alhamdulilah bersyukur kepada hadrat ilahi..
masing dikurniakn tubuh yang sihat walafiat untuk kembali menulis di entri 
"CINTA SAMPAI SYURGA"

kali ini teringin nak berkongsi cerita mengenai detik detik pertemuan bersama seorang daei yang kehadiran dirinya cukup cukup bermakna dalam hidupku..

diri ini bukan seorang yang berpewatakan elok suatu ketika dulu, kehidupan ku boleh dikatakan kosong..
tiada apa yang menarik malah jauh dari allah.
solatku ibadatku hanya sekadar solat,
dipenuhi kerana tuntutan agama...
bukan untuk meraih nikmat cinta bersama ALLAH SWT...
jahilnya diri suatu masa dahulu, bila mengenang kembali laju sahaja air mata ini mencurah curah mengalir
terlalu banyak dosaku YA ALLAH..
namun kerana KASIHNYA DIA kepada setiap hambanya..
saat aku langkah menjauh...pelahan lahan dia menarik ku dekat denganNYA...
tapi dek kerana hati masih gelap semua itu ku tidak endahkan...

ketika melakukan dosa..ku kembali bertaubat..namun kembali semula melakukan dosa...mungkin kerana tiada sokongan dan bantuan sesiapa..dan sehinggalah , 
sampai suatu saat ketika ditimpa musibah...
jiwa benar benar jatuh malu pada ALLAH SWT kerana terlalu meminta dari menunaikan hak kepadaNYA...

YA ALLAH, ampunkan dosa dosaku..khilaf khilafku..
sungguh ku bertaubat kepadamu..
janganlah engkau biarkan diriku berpaling dariMU
walaupun sesaat.

Setelah tamat tingkatan 6, ku di panggil untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat IJAZAH SARJANA MUDA DI UUM..alhamdulillah tekad hatiku pada saat itu, aku ingin berubah YA ALLAH..
kurniakan aku sahabat2 yang mampu memimpin aku ke jalanMu..

Pada Awal semester Satu, diriku mula mencari mencari insan yang boleh dan sudi  memimpinku ke jalan ALLAH, tapi pada waktu itu...diriku masih lagi lalai dan taksub dengan hal hal keduniaan...iman masih goyang..hiburan masih menjadi peneman..
sehingga pada awal semester kedua ALLAH SWT menguji diriku dengan satu dugaan HEBAT...
ALLAHU RABHI 
 masih terbayang bayang UJIAN HEBAT itu
.. airmataku pasti berguguran mengenangkannya..

umi dan ahli keluarga ku di duga satu dugaan hebat dari 
ALLAH SWT 
.dugaan yang membawa aku bertanya pada hati kecilku...
MENGAPA AKU yang TERPILIH Merasa INI YA ALLAH...

3 malam berturut turut aku mulai 
solat sunat TAHAJUD & solat TAUBAT,
yang pada suatu dulu ku anggap solat yang untuk  mengingat kematian sahaja..dan takut untuk melakukanya.

pada waktu yang sunyi ...di hening pagi..di kolej penginapan ...airmataku bercucuran lagu mengalir...
benar benar tak mampu berhenti mengalir...
YA ALLAH AMPUNKAN AKU, 
terlalu banyak dosaku pada seawal usia ini... 
YA ALLAH,
jika ujian ini untuk bawa dirku dan keluargaku kembali padaMU...aku redha YA ALLAH...
pada saat itu hanya pada ALLAH ku meminta...selamatkanlah ahli keluargaku...sedikit perkongsian..sebenar..
umi dan adik adikku..diduga UJIAN ALLAH...
kami Diancam BUNUH...oleh seorang hamba ALLAH...
pada saat itu tiada kekuatanku selain berdoa pada ALLAH menyelamatkan ahli keluargaku, dalam pada waktu yang sama
diriku berjauhan dengan keluarga,  hanya yang ku mampu  adalah BERDOA...

hebat kuasa ALLAH SWT..
UJIAN ITU KENIKMATAN...
hadiah untuk detik detik hijrahku...
hati ku mula kuat untuk berubah...
kerana hatiku yakin dengan kuasa ALLAH...
diriku dan keluarga telah selamat...

dalam pada lelah melangkah..diriku hanya mampu berdoa..
"YA ALLAH, kau temukan diriku dengan INSAN yang mampu membawa aku ke jalanmu.ya mencintaimu..sehingga ak mampu menumpang cintanya padaMu."..
hari demi hari hari...
doa ini kutitipkan dalam doaku...

pada waktu ketika...hatiku tergerak untuk berjumpa dengan Hamba ALLAH ini...
subhanaallh mendengar suaranya dalam solat jemaah pertama kami..benar benar mendatangkan getar dihatiku...
hatiku menangis laju...
terima kasih ya ALLAH...kau hadiahkan aku seorang sahabat pemimpin ak di jalanmu...

hari demi hari usrah itu membawa sinar bahagia di hatiku 
"RESEPI CINTA USRAH"...
slot "hati ke hati" 
menjadi santapan kegemaran rohani...
dari selemah lemah pengetahuan..sehinggalah bertambah sedikit dikit ilmu pengetahuan...

banyak kenangan kami bersama...tapi kebimbangan mula bertaut pada hati..
"BIDADARI BESI KU" 
 akan menghabiskan pengajiannya..mula terdetik di hati
 "ke mana arah tuju ku" tanpa bimbingannya...
ku utarakan kepadanya...
alik alik dimarahi pula...
masih terngiang ngiang jawapannya di telinganku.

"jangan mengharap pada yang satu..cuba lah mencari ilmu di tempat dan insan insan lain juga"...

namun tak akan ada yang sama dengannya...utusan allah untukku...

perancangan allah benar benar TAKDIR YANG INDAH...oleh kerana ada sedikit masalah dengan teman sebilik,
 aku nekadkan hati untuk berpindah bilik...
dan dari blok C aku ke BLOK D..
BLOK Dihati..
di sana teman teman solehah menanti hadiah dari ILAHI..
ak yang tidak punya kekuatan untuk bertudung LABUH..
pada satu tarikh tanggal 24/3/2012 
diriku diberikan kekuatan dari ALLAH untuk menyarungkan sehelai tudung labuh pinjaman seorang sahabat solehah
..subhanaallah...
benar benar terasa damai di hati...

pada semester 4...bermulalah satu perjalanan baru dalam hidup ZANURUL AIDA
mungkin tanpa daeiku 
BIDADARI BESIKU..ASMA SAURDI
dan teman teman seperjuangan, penghibur hati 
FARAH FARHANA, ZULFA ASHAARI..NURUL AZIDA
diriku mungkin masih terkapai kapai..
terima kasih ya allah mengutuskan mereka dalam hidupku....

walaupun pada tarikh hari ini, BIDADARI BESIKU..telah pun tamat pengajian dalam bidang muamalat...
namun dakwah..teguran dan bait bait nasihatnya masih terbuku di hatiku..
terima kasih kepada ALLAH menemukan aku dengan mereka ...

dan 2 3 hari yang lalu, diriku kembali bersempatan berjumpa dengan BIDADARI BESIKU..ASMA SAURDI...
di kolej penginapan ku...lama tak bertemu..terasa rindu di hati...alhamdulillah kak asma sempat beradu di kamarku walaupun semalaman..benar benar cukup melepaskan rindu padanya..yang telah setahun tamat pengajian di UUM...

ketika kak asma mahu pulang ke negeri cik siti wan kembang, masih sempat menghantar kami(diriku dan sahabat siti salma) ke kuliah kami,
dan
seawal jam 8.00pagi..kami masih lagi snap sekeping dua gambar...
di laluan orang ramai yang sedang sibuk ke kelas masing masihng ..hihihi...
..alhamdulillah..moga menjadi memori terindah
 &
jalinan ukhwah hingga ke taman syurga ALLAH


kata kata ini setiasa meniti di bibirnya, ketika usrah kami dan sehingga sekarang untuk kami.adik adik usrahnya...



moga moga ALLAH SWT melindungi dan mengasihi
setiasa akak..
BIDADARI BESI KU..
saudari 
 ASMA SAURDI
terima kasih 
YA ALLAH

jika ku fikir fikirkan, jika tiada ujian ALLAH itu suatu ketika dahulu, siapalah diriku sekarang...
mampukah mengaris pertemuan bersama dirinya..
mampukah menyalur kebahagian hati
dekat bersama Tuhan
inilah
 yang dinamakan

'Kenikmatan Disebalik Ujian'

"takdir ALLAH itu INDAH"