Thursday, February 28, 2013

Kenikmatan di sebalik Ujian

Assalamualaikum..
dengan lafaz bismillahirahmanirahim dengan nama allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..dan selawat dan salam kepada junjungan kita nabi Muhammad s.a.w serta kepada sahabat dan keluarga baginda.

Alhamdulilah bersyukur kepada hadrat ilahi..
masing dikurniakn tubuh yang sihat walafiat untuk kembali menulis di entri 
"CINTA SAMPAI SYURGA"

kali ini teringin nak berkongsi cerita mengenai detik detik pertemuan bersama seorang daei yang kehadiran dirinya cukup cukup bermakna dalam hidupku..

diri ini bukan seorang yang berpewatakan elok suatu ketika dulu, kehidupan ku boleh dikatakan kosong..
tiada apa yang menarik malah jauh dari allah.
solatku ibadatku hanya sekadar solat,
dipenuhi kerana tuntutan agama...
bukan untuk meraih nikmat cinta bersama ALLAH SWT...
jahilnya diri suatu masa dahulu, bila mengenang kembali laju sahaja air mata ini mencurah curah mengalir
terlalu banyak dosaku YA ALLAH..
namun kerana KASIHNYA DIA kepada setiap hambanya..
saat aku langkah menjauh...pelahan lahan dia menarik ku dekat denganNYA...
tapi dek kerana hati masih gelap semua itu ku tidak endahkan...

ketika melakukan dosa..ku kembali bertaubat..namun kembali semula melakukan dosa...mungkin kerana tiada sokongan dan bantuan sesiapa..dan sehinggalah , 
sampai suatu saat ketika ditimpa musibah...
jiwa benar benar jatuh malu pada ALLAH SWT kerana terlalu meminta dari menunaikan hak kepadaNYA...

YA ALLAH, ampunkan dosa dosaku..khilaf khilafku..
sungguh ku bertaubat kepadamu..
janganlah engkau biarkan diriku berpaling dariMU
walaupun sesaat.

Setelah tamat tingkatan 6, ku di panggil untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat IJAZAH SARJANA MUDA DI UUM..alhamdulillah tekad hatiku pada saat itu, aku ingin berubah YA ALLAH..
kurniakan aku sahabat2 yang mampu memimpin aku ke jalanMu..

Pada Awal semester Satu, diriku mula mencari mencari insan yang boleh dan sudi  memimpinku ke jalan ALLAH, tapi pada waktu itu...diriku masih lagi lalai dan taksub dengan hal hal keduniaan...iman masih goyang..hiburan masih menjadi peneman..
sehingga pada awal semester kedua ALLAH SWT menguji diriku dengan satu dugaan HEBAT...
ALLAHU RABHI 
 masih terbayang bayang UJIAN HEBAT itu
.. airmataku pasti berguguran mengenangkannya..

umi dan ahli keluarga ku di duga satu dugaan hebat dari 
ALLAH SWT 
.dugaan yang membawa aku bertanya pada hati kecilku...
MENGAPA AKU yang TERPILIH Merasa INI YA ALLAH...

3 malam berturut turut aku mulai 
solat sunat TAHAJUD & solat TAUBAT,
yang pada suatu dulu ku anggap solat yang untuk  mengingat kematian sahaja..dan takut untuk melakukanya.

pada waktu yang sunyi ...di hening pagi..di kolej penginapan ...airmataku bercucuran lagu mengalir...
benar benar tak mampu berhenti mengalir...
YA ALLAH AMPUNKAN AKU, 
terlalu banyak dosaku pada seawal usia ini... 
YA ALLAH,
jika ujian ini untuk bawa dirku dan keluargaku kembali padaMU...aku redha YA ALLAH...
pada saat itu hanya pada ALLAH ku meminta...selamatkanlah ahli keluargaku...sedikit perkongsian..sebenar..
umi dan adik adikku..diduga UJIAN ALLAH...
kami Diancam BUNUH...oleh seorang hamba ALLAH...
pada saat itu tiada kekuatanku selain berdoa pada ALLAH menyelamatkan ahli keluargaku, dalam pada waktu yang sama
diriku berjauhan dengan keluarga,  hanya yang ku mampu  adalah BERDOA...

hebat kuasa ALLAH SWT..
UJIAN ITU KENIKMATAN...
hadiah untuk detik detik hijrahku...
hati ku mula kuat untuk berubah...
kerana hatiku yakin dengan kuasa ALLAH...
diriku dan keluarga telah selamat...

dalam pada lelah melangkah..diriku hanya mampu berdoa..
"YA ALLAH, kau temukan diriku dengan INSAN yang mampu membawa aku ke jalanmu.ya mencintaimu..sehingga ak mampu menumpang cintanya padaMu."..
hari demi hari hari...
doa ini kutitipkan dalam doaku...

pada waktu ketika...hatiku tergerak untuk berjumpa dengan Hamba ALLAH ini...
subhanaallh mendengar suaranya dalam solat jemaah pertama kami..benar benar mendatangkan getar dihatiku...
hatiku menangis laju...
terima kasih ya ALLAH...kau hadiahkan aku seorang sahabat pemimpin ak di jalanmu...

hari demi hari usrah itu membawa sinar bahagia di hatiku 
"RESEPI CINTA USRAH"...
slot "hati ke hati" 
menjadi santapan kegemaran rohani...
dari selemah lemah pengetahuan..sehinggalah bertambah sedikit dikit ilmu pengetahuan...

banyak kenangan kami bersama...tapi kebimbangan mula bertaut pada hati..
"BIDADARI BESI KU" 
 akan menghabiskan pengajiannya..mula terdetik di hati
 "ke mana arah tuju ku" tanpa bimbingannya...
ku utarakan kepadanya...
alik alik dimarahi pula...
masih terngiang ngiang jawapannya di telinganku.

"jangan mengharap pada yang satu..cuba lah mencari ilmu di tempat dan insan insan lain juga"...

namun tak akan ada yang sama dengannya...utusan allah untukku...

perancangan allah benar benar TAKDIR YANG INDAH...oleh kerana ada sedikit masalah dengan teman sebilik,
 aku nekadkan hati untuk berpindah bilik...
dan dari blok C aku ke BLOK D..
BLOK Dihati..
di sana teman teman solehah menanti hadiah dari ILAHI..
ak yang tidak punya kekuatan untuk bertudung LABUH..
pada satu tarikh tanggal 24/3/2012 
diriku diberikan kekuatan dari ALLAH untuk menyarungkan sehelai tudung labuh pinjaman seorang sahabat solehah
..subhanaallah...
benar benar terasa damai di hati...

pada semester 4...bermulalah satu perjalanan baru dalam hidup ZANURUL AIDA
mungkin tanpa daeiku 
BIDADARI BESIKU..ASMA SAURDI
dan teman teman seperjuangan, penghibur hati 
FARAH FARHANA, ZULFA ASHAARI..NURUL AZIDA
diriku mungkin masih terkapai kapai..
terima kasih ya allah mengutuskan mereka dalam hidupku....

walaupun pada tarikh hari ini, BIDADARI BESIKU..telah pun tamat pengajian dalam bidang muamalat...
namun dakwah..teguran dan bait bait nasihatnya masih terbuku di hatiku..
terima kasih kepada ALLAH menemukan aku dengan mereka ...

dan 2 3 hari yang lalu, diriku kembali bersempatan berjumpa dengan BIDADARI BESIKU..ASMA SAURDI...
di kolej penginapan ku...lama tak bertemu..terasa rindu di hati...alhamdulillah kak asma sempat beradu di kamarku walaupun semalaman..benar benar cukup melepaskan rindu padanya..yang telah setahun tamat pengajian di UUM...

ketika kak asma mahu pulang ke negeri cik siti wan kembang, masih sempat menghantar kami(diriku dan sahabat siti salma) ke kuliah kami,
dan
seawal jam 8.00pagi..kami masih lagi snap sekeping dua gambar...
di laluan orang ramai yang sedang sibuk ke kelas masing masihng ..hihihi...
..alhamdulillah..moga menjadi memori terindah
 &
jalinan ukhwah hingga ke taman syurga ALLAH


kata kata ini setiasa meniti di bibirnya, ketika usrah kami dan sehingga sekarang untuk kami.adik adik usrahnya...



moga moga ALLAH SWT melindungi dan mengasihi
setiasa akak..
BIDADARI BESI KU..
saudari 
 ASMA SAURDI
terima kasih 
YA ALLAH

jika ku fikir fikirkan, jika tiada ujian ALLAH itu suatu ketika dahulu, siapalah diriku sekarang...
mampukah mengaris pertemuan bersama dirinya..
mampukah menyalur kebahagian hati
dekat bersama Tuhan
inilah
 yang dinamakan

'Kenikmatan Disebalik Ujian'

"takdir ALLAH itu INDAH"

Saturday, February 23, 2013

Pembuka Pintu Rezeki


                                        Assalamualaikum..
dengan lafaz bismillahirahmanirahim dengan nama allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..dan selawat dan salam kepada junjungan kita nabi Muhammad s.a.w serta kepada sahabat dan keluarga baginda.

..jam menunjukkan 1.55 pagi ahad 24/02/13...masih mengelipkan pancaindera penglihatan kurniaan ALLAH   SWT, masih terlalu awal untuk tidur..aisssh.  Esk kelas masih tak mampu melelapkan mata. Mungkin dah set in mind kelas jam 12.30tghr  so tak perlu bangun awal...ish ishh.
( amalan yang tak elok untuk seorang anak gadis  seperti diriku)
.nanti esok2, bila dah khawin "cik abang" yang bangun dulu..berat nanang "ayat UAI...
aikk, tiba tiba mention bab khawin apasal plak..
lambat lagi laa...dah menyimpang jauh dari tajuk awal nie..
back to normal  k...
..nauzubillah moga amalan bangun lewat bukan menjadi kebiasaan ek...
(kadang kadang tak pew lah)

nak update blog pagi ini bukan nak cerita pasal amalan bangun tidur lewat, tapi ia berkait rapat dengan tajuk ni
 "PEMBUKA PINTU REZEKI"

sebenarnya, diriku baru sahaja menyelesaikan urusan kiraan hutang hutang..opss banyak hutang ke..
(maklum la orang bisnes nie banyak hutang ye) 
not good moral..right...
tapi tak pe dalam islam pon "berhutang" ni diharuskan...

duk kira kira tadi...hampir mencecah RM1500 jugak perkara yang nak dibereskan..termasuklah untuk bayaran suplier  EXSPO KONVO semester lepas...dan adalah sikit-sikit duit yang nak diberikan kepada ummi dan kakcik..xpewlah bab kata
 adikku KAKCIK.
." tiada apa yang lebih membahagiakan melainkan mampu membahagiakan hati keluarga sendiri"

toouchinggg kan...kami sekeluarga bukanlah orang yang senang, so kenalah saling membantu antara satu sama lain..lebih lebih lagi bantu UMMI dalam menguruskan hal keluarga..maklum UMMI ibu tunggal, kalau bukan anak anak yang diharapkan , siapa la lagi kan...^^

setelah hampir setengah jam membuat kira kira belanjawan untuk semester 6 ini, di hati mula terdetik..apakah yang perlu ku usahakan untuk membuka pintu rezekiku,
ialah, sebagai hamba allah kita wajib terlebih dahulu berusaha dan selebihnya kita serahkan kepada 
KEKUASAAN YA MAHA KAYA...
usaha itu termasuklah berniaga dan berdoa dan solat ..

tengah tengah malam nie...opssss
pembetulan
tengah tengah pagi..^^
diriku buat research amalan pembuka pintu rezeki.,
insyaallah moga dapat membantu sesama kita...

jomm baca...


1. Menyempatkan diri beribadah

Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.(Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.: “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3. Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.: “dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)


4. Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang.Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: “(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

5.Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani,al-Asybahani dan al-Hakim) Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.: “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.: “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.: “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10. Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11 . Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda: “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12. Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad- Daruquthni dari Anas r.a.)

14. Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah

15. Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7). Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjernihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki. Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya `Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim). Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20. Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Firman-Nya: “Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).” (At-Thalaq: 3) Nabi s.a.w. bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at- Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)
Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3) Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

insyaallh...ada banyak amalan yang boleh kita sama sama amalkan,
jika tak mampu untuk kita mengamalkan semua...janganlah kita tinggal semuanya..
semoga ALLAH SWT membukakan pintu pintu rezeki kita
dari yang halal seluas luasnya
amin3x
^__^

Sumber: http://ohislam.com/



Wednesday, February 20, 2013

KenangLah Masa DepaNku


 Assalamualaikum..
dengan lafaz bismillahirahmanirahim dengan nama allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
dan selawat dan salam kepada junjungan kita nabi Muhammad s.a.w serta kepada sahabat dan keluarga baginda.

dah lama rupanya diriku tak menulis, tangan dah mula  terasa gatal...idea terlalu banyak nak disampaikan, dari yang terbuku di hati hinggalah kepada cerita yang nak dikongsi...semua menanti..satu persatu untuk disiapkan "taip" disempurnakan dalam blog nie...

alhamdulillah, dalam sedar tak sedar..usiaku dalam menuntut pengajian ilmu bidang "KEUSAHAWAN" di UUM..telah mula mencecah 3 tahun..insyallah masih berbaki setahun sahaja lagi untuk disempurnakan...

dalam tempoh ini pelbagai ragam manusia dan ujian kehidupan bergelar siswi dinikmati satu persatu...bukan mudah saat jatuh saat ketawa saat menangis saat perit saat bahagia...semuanya bagaikan  perencah dalam acuan nilai segulung ijazah yang bakal digenggami, Namun ilmu yang dipelajari bukan untuk dikur pada segulung skrol ijazah yang bakal digenggam tetapi ilmu yang tersimpan di"buku jiwa" yang  harus digunakan  dengan sebaiknya...sejauh mana ilmu yang boleh digunakan...adakah  berdasarkan  pada pointer yang kukecapi pada hari pertauliahanku bergelar "siswazah"  

fikiran mengenai hal ini terkesat di hati pada hari ku melihat keputusan semester 5, agak mengecewakan hati..keputusan exam jauh tersasar dari target yang telah ditetapkan..."ALLAHU RABHI" .tertanya tanya pada diri sendiri...kenapa jadi begini...mana arah tujuku nanti...keputusan ku benar benar merosot...
Dimana silap ku...adakah tidak belajar..tidak bersedia dan tidak berdoa..Mula musahasabah diri., bukan mencari salah insan lain tapi mencari kesilapan diri sendri.."itu lebih baik"
..mungkin ini yang dikatakan mereka...

"MENGEJAR SATU KEJAYAAN ITU, TAK  SESUKAR MENGEKALKANNYA"

mungkin usaha dan cara belajar tak cukup nak dibandingkan pada semester semester lepas...

diriku tekad  YA ALLAH

 UJIAN BUKAN SEKADAR UNTUK BERTAHAN< TAPI> UNTUK TERUS KUAT  MELANGKAH

ku mmujuk hati dan diri...ku tahu mungkin ini semua pasti ade hikmah yang ALLAH SWT ingin titipkan padaku...ia tak akan sesekali buat ku duduk menangis mengenang nasib diri tapi adalah 
untuk ku terus bangun berlari, sisa pengajian yang berbaki bukan untuk ku sekadar bertahan menghadapinya...tetapi berlari kembali mengejar IMPIANKU...

ku mohon YA RABHI, terangi jalanku menuju cahaya ILMU...


dan gagal semalam bukan bererti ku gagal esok hari...
kerana yang pasti hari semalam sudah menjadi sejarah kenangan
tapi hari esok akan masih menjadi tanda tanda tanya sejarah apakah akan terlukis..

demi ALLAH, RASULULLAH, UMMI, ABAH, DAN KELUARGAKU

ku mesti PASTIKAN satu SEJARAH pasti TERUKIR di BINTANG KEJAYAAN

insyallah..amin3x

Tuesday, January 1, 2013

Lukisan Memori



 Assalamualaikum..
dengan lafaz bismillahirahmanirahim dengan nama allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
dan selawat dan salam kepada junjungan kita nabi Muhammad s.a.w serta kepada sahabat dan keluarga baginda.

Alahai, dah tinggal beberape hari lagi nak exam..masih sempat nak update blog lagi  saya nie..tinggal  4 hari lagi kot..semakin dekat semakin takot plak...walauppun hati sedikit jelous..maklumlah orang lain  mula dah rasa bahang nak blik kampung "cuti sem" kita baru nak merasa bahang  final exam .."ooh tidakkkk"..
segala diserahkan kepada ALLAH tapi (setelah berusaha ye) bukan main pasrah je...moga dipermudahkan urusan nanti..insyaallah..

opss...nak update blog bukan pasal mood exam ye..nak cerita cerita skit pasal "MOOD NEW YEAR"..alhamdulillah sambut new year dengan sambutan "jamuan akhir semester  warga blok 4d Kolej PETRONAS...nak dijadikan cerita, saya dengan rela hati melantik diri sendiri mengetuai acara jamuan nie..(bukan perasan ek, sukarela sebab orang lain EXAM PAGI PETANG)..

dengan berpenat lelah, jam loceng berbunyi seawal 8.19 minit pagi...ALLAHu RABHI..janji nak p market jam 9.00pg nak beli barang barang...dah la baru tidur 3 jam sahaja...kul 5.30 pagi saya tdoo..kul 8.30 dah bangun....ya allah, terasa sedikit kebingungan di kepala otak...dah bangun kelam kabut bersiap..bila naza junior dah call mitak ambik kereta sewa...( ehhhh  nazzzaaaa, k.aida xpandai bawak kete) heheheh..terpaksalah naza juga yang berlari lari pergi ambik kereta sewa dengan pakaian jogging die..."kesian juniorku...

jam 9.00 pagi..kami( saya, junior naza dan ida a.k.a tukang masak ) mula bertolak untuk ke market changlung keluar membeli barang barang jamuan malam nanti..(kepala sebenarnya tengah pening xcukup tdoo)..Hampir 4 jam ke market changlun dari cari barang hingga lah masuk kebun JAGUNG...cari buah jagung untuk dijadikan jagung bakar malam nanti. Alhamdulillah, disebabkan ayah angkat ida kenal pemilik kebun jagung..so kami dapat murah dan fresh fresh lagi.hehhehe..kami beli 50 biji dengan harga RM35 je..murah kan..biasa sebiji rm 1.0

jam 1 tengahari..kami selamat pulang ke kolej, dengan bebekalkan tenaga yang semakin kurang kepenatan..sasaran utama "MAKAN TENGAHARI" kolej petro...lapar kot...thap kesabaran amat diperlukan saat itu..

jam 2.30 petang..tenaga pon dah isi.."minyak dah penuh orang kata" jom buat keje..

 
         goreng keropok...( eh kuali kecik ye..)..ini je yang ada :)

kupas dan buang kulit jagung....habis kasar tangan2 anak anak dara nie

buat kuih "buah melaka plak...opsss...kuih nie xjadi buat..hmmmm :'(,,
xpandai..kuih keras...kesilapan teknikal kuih pon keras sampai boleh buat "MEKONG"


alamak..jam dah menunjukkan pukul 5.00 ptg..kami termasuk la saya dah mula gelabah..sebab kuih yang kami buat 2 dah jadi keras sampai xboleh nak makan...risau kalau kalau makanan nanti tak cukup makanan untuk semua warga blok D kira kira  dalam 50lbh....

alhamdulillah berkat idea cik ida"CEO TUKANG MASAK" dia bagi idea buat dadih..hehehe maklumlah..tokey dadih...dan kami pon apa lagi..terus buat la...
opsss "pembetulan bukan kami...."CIK IDA je ..heheheh...


dan inilah dadih cik ida..famous tau dekat petro nie...tokey dadih..nie yang simple je..biasa yang cik ida jual ade macam macam  perisa dan jenis...

setelah selesai..buat dadih, hias patry...alamakkk lupaaaaaaaaa.....jagung belum bakar lagi...api belum dihidupkan...dah la time 2 kalut-kalut cal ADAM...press PeTronas....
nak pinjam barang tapi xangkat angkat dari jam 2 petang lgi...rupa rupanya si ADAM nie pon exam...balik exam plak, mungkin die tdoo kot...2 yang  berpuluh puluh pangilan die xjawap...aiiiii...penat kami menunggu si ADAM nie..penat...apa nak buat teruskan apa yang boleh buat la dahulu....

jam 5.30 petang...ahli di pantry paras 2 dan mula dipenuhi student student...ye laa diorang kan dah habis exam..datanglah tolong tolong apa yang patut..
.sekarang waktu bakar jagung plak..ehhehhehe

    sedap ye jagung..fressh dari ladang 

kali nie..biar gambar yang berbicara...^_^..heheheh..
rekaan semata mata ek..jangan marah ^^

alhamdulillah jam 9.00malam..semua dah settle..cuma jamuan je belom berlangsung...moga allah permudahkan...apa lagi semua pakat p mandi siapkan diri 
 (maklum la dah bau macam-macam minyak wangi ).
sekarang bersiap-siap dengan tema kami 

" BERKAIN BATIK, BAJU DAN TUDUNG YE PERLU SAMA DENGAN KAIN BATIK EK)"

Jam 10 malam semua dah berkumpul di patry paras 2 BLOK D petronas..kami mulakan acara dengan ucapan "Tulang Belakang " blok 4D..jom tgok apa ucapan diorang...sorang per sorang..ehheheheh

inilah RA kami..cik Hibriyah



ehhehe..macam macam ucapan diorang kan..^_^..

sekarang jom kita panggil ustazah zulfa plak baca doa makan 


masa nie..ustazah zulfa tengah baca "DOA RABITAH" jugak..sebelum baca doa makan..jom baca doa rabitah sama sama..MENGUKUHKAN UKHWAH..

YA ALLAH,
Engkau mengetahui hati-hati ini,
Telah berkumpul kerana mengasihi-Mu,
Bertemu untuk mematuhi perintah-Mu,
Bersatu memikul beban dakwah-Mu,
Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu,
Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya,
Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya,
Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya,
Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini,
Akan jalan-Nya yang sebenar,
Penuhkanlah hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu,
Yang tidak kunjung malap,
Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan Iman dan keyakinan,
Dan keindahan tawakkal kepada-Mu,
Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma'rifat (pengetahuan sebenar) tentang-Mu,
Jika Engkau mentakdirkan mati,
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini,
Sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu,
Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong,
YA ALLAH,
Perkenankanlah permintaan ini."
aamin..aamin..aamin


sekarang dah boleh makan..
jom tgok gambar diorang semua

khusyuk ye rumate makan jagung..^_^




lukisan paling indah...siswi blok D petronas..
xsakang ayu ayu jugak korang nie

sweet memories


 ish ish..tengok ape laa mak cik..sampai xperasan org curi curi amik gbr:)





wakil paras 3..cute cute..dan solehah


kami dari paras 2..sejuk hati tengok senyuman


buat pe 2...??

dalam..tengah tengah diorang khusyuk makan dan tengok tv dan posing posing gambar..kami sebenarnya dan planning nak buat suprise dekat sal, merry dan zida yang sambut befday diorang bulan disember dan bulan satu nie...si zida nie..punye la bimbang orang bgi telor sebiji ats kepala masa befday die...die pn hide kanlah die punyer bfday date dekat fb...nasib baik "junior naza gtau..."..so kami planning smbut jugakk..ehehheh..
si sal plak...sama je kes ngn si zida...takot orng perkenankan dia time befday nati..hheheh..sal punyer befday 06.1.13..tapi dia dah cakap awal-awal nak lari..heheh..apa lagi..sambut awal si sal befday die,..nak larii ye....kami kejar..tapi kami nie bukan la jahat sangt...lebih lebih lagi saya...ehehhehe. Kalau nak buat lebih lebih pon kami tak berapa berani sal nie sakit so bahaya kalau nak buat suprise plik plik...heheheh..slamat laa sal oi...

dan kebetulan befday mery pon jatuh pada malam 2 jugak...mery nie dah banyak tolong saya dalam bisnes dah bape kali dah jadi "driver " saya angkat barang time meniaga ekspo awl awal semester dulu..so kami pon rancang buat suprise sambut befday diorang...ehehhehehe

dalam sibuk sibuk mengambil makanan 2..tiba tibaa......lampu terpadam...gelap la korangg....makan dalam gelap kot//..heheheheh
dan..tiba tiba...dengan lagu nie..dari suara yang tak berapa nak sumbang dan sumbang la///

ALLAH SELAMAT KAN KAMU
ALLAH SELAMAT KAN KAMU
ALLAH SELAMAT KAN SAL < MERY< ZIDA
ALLAH SELAMAT KAN KAMU...

..SUPRISE....istimewa tuk korang..hehehhe



potong kek "befday."
AZIDA>>SAL>>MERY


hepi ye budak budak nie..dapat kek ye...:P
tapi korang dah tue ...heheh






ala laaa..sweet ye kawan baik nieee...




kesian ...baru makan..tetamu dah  balik..baru dapat makan..ish ish...^_^











ish ish baru dapat menikmati makanan..kesiannn..




akhirnya.. dah selesai....jomm tdooo.
..zzzzzzzzzzz ^_^
eh eh..jap jap nak wish dulu
hehheeh..(jangan marah daa)
moga tahun bbaru esok terlangkar indah 
.dengan seribu kebaikan yang akan diperoleh
berusaha selagi mampu
tenanglah hati saat menghadapi ujian ALLAH
bangunlah saat jatuh..
sakit itu mengajar erti kemanisan kejayaaan
 bergelar "SISWA/SISWI...
soo senyum..enjoy your life...
in bumi ALLAH...
(✿◠‿◠)


sesunguh ku bahagia saat melihat orang lain ketawa bahagia

(✿◠‿◠)