Sunday, May 4, 2014

Ketika Cinta Bertasbih

Assalamualaikum..
dengan lafaz bismillahirahmanirahim dengan nama allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..dan selawat dan salam kepada junjungan kita nabi Muhammad s.a.w serta kepada sahabat dan keluarga baginda.

turut didoakan moga sahabat sahabat dikasihi dalam lindungan allah swt setiasa, serta paling dicintai keluarga taman syurgaku didunia pinjamanan allah swt.

kian kita bertemu lagi, jam di laptop menunjukkan pukul 12.14 tengahari, hari ini ku bertugas di cawangan Tourism International Center, ditemani lagu ost "Ketika Cinta Bertasbih"..tiba tiba teringat mula mula tonton cerita ini, cukup menyentuh hati..
allah, jika engkau telah menetapkan dia sebagai pendamping si dia tidak satu pun halangan yang mampu mengubah suratan ini..kian pasti bertemu jua diantara dua kutub dunia yang terpisah jauh..
begitu jualah,
ku motivasikan diri,
muhasabah menegur jasad dan roh ini..
mungkin keadaan yang tidak mengizinkan, 
hati yang diberikan  dua kali ia dipecahkan..
tipu untuk ku katakan, hati wanita mana yang tidak mengenal erti kecewa..
Namun diriku yakin Ya ALLAH akan akan sebaris nama terbaik telah kau catatkan untukku, cuma masa yang belum sesuai untuk ketemu..
untuk dirinya yang jauh disana, ku semakin mengerti takdri ilahi, mengapa suratan takdir menemukan dua hati lantas bukan untuk ditakdirkan bersama, kerna ku yakin dirimu lantas mendapat pilihan yang lebih baik dari ku, 
dan,
ku jua lantas mendapat pilihan allah yang lebih baik darimu..
mungkin silapnya diriku, terlalu menjunjung langit yang tinggi, sedangkan ku tahu sakitnya bila rebah..
allahu allah
sungguh diriku berdosa menduakan cinta sang Esa
sedang Engkau tidak pernah jauh dariku
mungkin ini hikmahnya
ku semakin kenal utuhnya kasih cinta sang Esa..

kini, ketika rasa ini datang menyapa kembali,
tersempit di antara dua pilihan hati, 
tak banyak ku harapkan melainkan kembali kepada Sang PenCipta
kerna Dialah Maha Memberi Ptunjuk...

kerna telah ku pesankan pada jasad ini, 
Jangan terlalu meletakkan harapan tinggi pada sesuatu yang belum pasti, kerana jika tidak diperolehi, pastinya kecewa sekali di dalam hati...

Namun letakkanlah harapan itu atas tawakal pada Ilahi,
semoga dengan tawakal itu menjadikan hati kita redha pada setiap apa yang terjadi..

moga pilihan ini, pilihan yang dipilih Ilahi,
menjadi jambatan cinta Menuju Cinta Sang Esa.

ku akhiri nukilan ini
dengan sebaris lagu
"ketika cinta bertasbih"

Bertuturlah cinta mengucap satu nama

Seindah goresan sabda-Mu dalam kitabku
 sandarkan hidup dan matiku pada-Mu

Bisikkan doaku dalam butiran tasbih

Ku panjatkan pintaku padaMu Maha Cinta
Sudah diubun-ubun cinta mengusik rasa
Tak bisa ku paksa walau hatiku menjerit

Ketika cinta bertasbih nadiku berdenyut merdu

Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud syukur pada-Mu atas segala cinta

Cinta...


Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang

Sujud syukur pada-Mu atas segala cinta
Ketika cinta bertasbih
Cinta yang bertasbih mengutus hati ini
Ku




Akhir kalam
"biarlah dalam denyut nadi gentar jantung itu ada namaNYA"

wa ilal liqa' mas'as salama

Saturday, May 3, 2014

Hikmah di persinggahan hidup

Assalamualaikum..
dengan lafaz bismillahirahmanirahim dengan nama allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..dan selawat dan salam kepada junjungan kita nabi Muhammad s.a.w serta kepada sahabat dan keluarga baginda.

turut didoakan moga sahabat sahabat dikasihi dalam lindungan allah swt setiasa, serta paling dicintai keluarga taman syurgaku didunia pinjamanan allah swt.

alhamdulilah, last update taman catatan hati ini, mungkin 2 bulan yang lalu, yang pada ketika itu, diriku baru sahaja menjejakkan kaki ke alam pratikal kini, diam tak diam hanya berbaki 4 minggu yang perlu ku habiskan sebelum menunggu pulang ke bumi sintok, laporan tugasan pratikal perlu ku hantar untuk membolehkan memegang segulung ijazah, hadiah istimewa untuk umi dan abah..

walaupun, hati banyak merintih menjalani latihan pratikal di P.M.S.B  melaka, namun adenya kehadiran sahabat sahabat pratikal yang mencuit hati buat ku lebih senang, telatah mereka macam macam..allah..
sesungguhnya diriku tidak mengetahui hikmah terbaik, mengapa aku di hantar ke  sini, namun biarlah yang baik ku genggam menjadi tauladan diri, ilmu yang kukutip nampu menjadi pedoman pelayaran kehidupan..
alhamdulilah, mungkin salah satu hikmahnya diriku mampu bangun berdiri mendirikan solat dhuha, masih ku ingat , ketika sibuk mencari tempat pratikal di saat saat akhir semester lalu, ku sempat panjatkan doa padaNYA, agar tempat pratikal ku nanti mampu mengizinkan diriku agar terus istiqamah dengan solat dhuha , dan mudah menunaikan solat wajib..hal ini keraana kebimbangan menghantui diri bila ade mendengar desas desus sahabat yang berkerja dan berpratikal bahawa hendak menunaikan solat pun perlu curi curi masa...mungkin disini lah hikmahnya..allah hantarkan ku ke tempat yang mudah cara menunaikan kewajipan pada sang pencipta ALLAH Yang Maha Esa....

mohon ya allah, engkau selalu pelihara diriku  walau dimana ku melangkah di bumi..ssesungguhnya telah ku lalui jalan yang penuh berduri dan gelap tanpa cahaya itu, sakitnya jauh dariMu, tak sanggup ku lalui lagi :'(

ku akhir kalam ini , dengan sebaris doa agar diriku, kamu, keluarga , dan sanak saudara muslim dan muslimat dalam lindungan allah dan istiqamah di jalan kebenaran.

Rasulullah saw berpesan kepada Muaz supaya sentiasa membaca doa berikut setiap selesai menunaikan solat ...dan doa ini adalah kekuatan untuk terus istiqamah dalam amal soleh sehingga saat keluar roh dari jasad. 

" Ya Allah, bantulah aku dalam mengingatiMU, mensyukuri segala nikmatMu dan memperbaiki segala ibadah dan pengabdianku ( kepada ALLAH)".

kian bertemu lagi di medan penulisan ini.
 Akhir kalam
"biarlah dalam denyut nadi gentar jantung itu ada namaNYA"

wa ilal liqa' mas'as salama

Sunday, March 2, 2014

cerita cinta 3bulan

Assalamualaikum..
dengan lafaz bismillahirahmanirahim dengan nama allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..dan selawat dan salam kepada junjungan kita nabi Muhammad s.a.w serta kepada sahabat dan keluarga baginda.

turut didoakan moga sahabat sahabat dikasihi dalam lindungan allah swt setiasa, serta paling dicintai keluarga taman syurgaku didunia pinjamanan allah swt.

dah berkurun lamanya menulis mengisi hari hari kehidupanku di laman kata kata hati, last update bulan november..."busy"nya cik kak kita ni kan..padahal duk mengadap laptop je kat bilik...maklumlah semester akhir di uum telah ku habiskan dengan berjaya, alhamdulilah syukur pada allah...sekejapnya masa yang dipinjamkan padaku..menuntut ilmu 4tahun di UUM telah berlalu sekelip mata sahaja..subhanaallah kenangan kenangan di UUM masih segar di memori. Tidak dapatku nafikan takdir allah menghantarkan ku menuntut ilmu di bumi sintok telah banyak pengalaman yang diriku dapat...Apa yang paling bermakna di menara gading itulah diriku mula mengenal erti persahabatan di jalan allah, mengenal makna sebuah kehidupan, mengenal makna Cinta ALLAH swt yang sebenar benar, mengenal erti rindunya pada Rasulullah saw kekasih hati dunia akhirat..
allahu rabhi..moga diriku masih terus istiqamah belajar mengenal erti kehidupan di jalan redha dalam kehidupan dunia luar yang penuh gelora lautan ujian ini..
dan
sesungguhnya setiap ujian yang perlu diriku lalui tidak lain tidak bukan adalah demi meningkatkan keimanan diriku sendiri.
kini..pada hari ini diriku mula belajar mengaplikasikan apa yang tuntut di bumi bertuah UUM untuk masa depanku di tempat pratikal ku Pemasaran Melaka Sdn bhd, yang mungkin tempat praktikal yang ku inginkan..walaupun tempat ini bukanlah tempat yang ku idam idamkan dalam menuntut ilmu perniaggaan seperti Sme Corporation. Insyaallah akan terus berusaha mencari ilmu sebanyak mungkin di tempat ini..
akan ku kuatkan hati berpegang teguh pada kata kata cintaNya pengubat hati

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)

moga di sini pilihan  terbaik dan mempunyai seribu hikmah untukku ...

kenangan semester akhir dengan Prof Dr Sobri, pensyarah seminar keusahawananku..

walaupun ragam prof sobri banyak menjengkelkan hati, namun ku yakin setiap tutur katanya ada hikmah dan nasihat yang tersembunyi yang ingin beliau ingin sampaikan..

masa teringat pesannya " kamu dilahirkan dan dididik untuk menjadi seorang usahawan dan bukan dilatih dan dididik untuk menjadi seorang pensyarah"
ingat hanya insan terpilih sahaja berada di kelas ini !!!

moga allah memberkati setiap ilmu yang Prof Sobri berikan.
sahabat sahabat Ijazah Keusahawanan...save  sweet memory ^_^
sekejapnya meninggalkan zaman belajar, nak sambung master boleh =D

sekarang zaman praktikal plak 
ni geng budak praktikal yang baru, setiap orang ade kerenah masing masing lah, ore klate kate " Mace mace pael "
yang buruk kita tinggalkan yang baik kita abadikan :)
Kusyare dan fatin budak Kuim
fafa, azie , dan hafiz budak uitm Melaka
diriku budak UUM :)
yang kedua hujung abaikan :)
ni masa hari kedua di Pemasaran Melaka Sdn Bhd 
"seminar wasatiyyah"
ada input penting dalam seminar ini, ingin ku tulis sesuatu nanti.

dan setiap yang kita lalui dalam dunia ini tiada yang kekal abadi, setiap antara kita akan berhadapan dengannya dan apabila tiba suatu hari nanti ia pasti berlalu 
kata orang tua
"jika tidak berpisah hidup, pasti berpisah Mati"
fitrah kehidupan setiap pertemuan pasti ada perpisahan..

(Hadis Riwayat Bukhari)
Maksudnya: Daripada Abdullah Ibn Umar Radiyallah 'Anhuma, katanya: 
"Rasulullah S.A.W.memegang bahuku seraya bersabda: Jadilah di atas dunia ini sebagai seorang perantau. Ibn Umar berkata: Apabila kamu berada pada waktu petang, janganlah tunggu menjelangnya waktu pagi. Apabila kamu berada pada waktu pagi,jangan tunggu menjelangnya waktu petang. Gunakan peluang untuk beramal semasa kamu sihat untuk persediaan ketika kamu sakit dan semasa kamu hidup untuk persediaan matimu"

intisari nya :Rasulullah S.A.W. mengajar kita supaya menganggap dunia ini sebagai tempat  persinggahan. Hidup yang kekal abadi hanyalah di akhirat nanti. Kehidupan kita ibarat kehidupan seorang perantau yang singgah di tempat persinggahannya untuk mengumpul bekalan buat perjalanannya yang masih jauh.

dan sampai disini dahulu, bila ada jodoh antara kita,insyaallah  pasti kian bertemu lagi di medan penulisan ini.
 Akhir kalam
"biarlah dalam denyut nadi gentar jantung itu ada namaNYA"

wa ilal liqa' mas'as salama

Saturday, November 23, 2013

KE MANA HENDAK KUBAWA IMAN INI JIKA TIADA NILAI-NYA DI SISI-MU

asslamualaikum, sahabatku cintai kerana ALLAH
moga hari ini, iman kalian lebih baik dari semalam...

hatiku kini sedang berlari, mencari nafas untuk sisa pejuanng diri..
aku sendiri tak pasti kosongnya Iman Ini..


KE MANA HENDAK KUBAWA IMAN INI JIKA TIADA NILAI-NYA DI SISI-MU 

Mengaku untuk muhasabah diri sendiri...
Siapalah kita tanpa hidayah dari-Nya....
Jika tanpa hidayah dari-Nya
Mahu kita terus-terusan mendabik dada
Akulah yang hebat dalam segala urusan di dunia ini
Aku sajalah iman yang sempurna
Yang lain semuanya bercakap tapi tak buktikan...
Itulah aku terpesona dengan keimananku yang tak pasti...

Makanya Ya Allah jauhkan aku dari sikap
Merasakan akulah yang sempurna di mata manusia bukan di SisiMu..
Ke mana hendak kubawa iman ini jika tiada nilaiNya di sisi-Mu...



Friday, September 27, 2013

Malu itu lebih Besar dari Mahu

Ya Allah.. 
Peluklah hati ini di saat ku mulai merasa gelisah,dalam penantian penuh kesabaran ini, terkadang Hatiku merasa rindu pd dia insan yg ku cintai dalam diamku...


Ya Rabb..Biarlah Ku simpul dalam setiap do'a-doa dalam Istikharahku kepada-MU Rasa ini,,,agar kelak Engkau Satukan hatinya dan hatiku yang kan bertaut dan bersemi indah karna Redha-MU....

Ya Rabb...Tuntunlah Hati hamba agar han
ya mau menerima CINTA seorang Insan yang benar2 Pilihan-MU bukan Semata-mata Pilihan Nafsuku.

Ya Rabb...Jika dia memang baik untukku,agamaku,masa depan dunia dan akhiratku,bisa membimbing dan membawaku lebih dekat pada-Mu,Maka dekatkanlah diriku dgnnya & satukanlah kami dlm pernikahan yg sakinah,mawaddah,warrahmah..Tapi kalau bukan dia yg terbaik,Maka jgn biarkan kekagumanku menjadi suka apalagi cinta,Jadikanlah kekaguman ku seprti orang lain kagum padanya,,Engkaulah Maha membolak-balikkan hati Maka kutitipkan rasa ini,kuserahkan semuanya pada-Mu,krna semua ini adalah milik-Mu..

Aamiin ya Rabbal’ alamiin


Tuesday, September 3, 2013

Aku yang BerDosa

Assalamualaikum..
dengan lafaz bismillahirahmanirahim dengan nama allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..dan selawat dan salam kepada junjungan kita nabi Muhammad s.a.w serta kepada sahabat dan keluarga baginda.

dah lama x update bog, nak buka pon dah lupa password. Sibuk di rumah mengalahkan surirumah yang bisnes, Allahu rabhi, lekakah aku dalam dunia pinjamanMu, sehingga melupakan CintaMu padaku, sedangkan nikmatMu terus menerus akan merasainya

allah, aku hambaMu yang Berdosa

Dosa, 
aku tenggelam bersama dengan bisikan nafsu yang membawaku ke dunia yang asyik. Akulah manusia yang penuh dengan dosa. Terpaut dengan makanan nafsu yang didalangi syaitan. Terpedaya dengan nafsu sendiri, beribadah dengan penuh kesyirikan. Aku manusia yang jahil dan bodoh. Aku hanyut dengan bisikan halus yang menyelubungi hati. Selamatkanlah jiwaku dan jasadku Ya Allah Ya Rasulullah daripada bisikan itu yang seringkali menambahkan kehitaman dalam kesucian rohani. Aku sangat lemah dan tidak berdaya melihat kesombongan yang penuh dosa merajai diri.

Ya Allah, 
tiada ungkapan yang bisa aku terjemahkan melainkan keampunan yang tulus dari hati ini. Aku telah banyak menipu diri sendiri, seringkali terpedaya dalam perbuatan yang tidak diketahui Engkau meredhainya ataupun sebaliknya. Aku sedar Ya Allah, aku hanyalah manusia yang seringkali lalai dan lupa akan JalanMu yang lurus. Namun apakan daya, iman yang tertitip dalam rohani ini tidak dapat mengatasi bisikan nafsu yang menguasai diri. Usai dalam gundah memikirkan kesilapan dan kejahilan lalu. Aku terpaku dalam perjalanan ini. Akulah hambaMua yang menjadi perosak di atas muka bumi. Aku tidak mengerti Ya Allah mengapa aku terlalu sukar untuk menitiskan air mata atas dosa-dosaku yang lalu. Adakah tiada sinar dalam taubatku Ya Allah?

Aku khuatir Ya Allah.. 
Aku bimbang aku mengadapmu dalam keadaan yang Engkau murkai. Aku gelisah dalam raut wajah yang tenang. Aku tenang dalam keadaan hati yang berkecamuk. Hati aku berkecamuk dengan dosa-dosa lalu. Dosa lalu yang terus membelenggu.. Aku seakan hanyut dengan bisikan nafsu.. Nafsu yang menterjemah kehendak diri.. akhirnya aku tenggelam dalam lautan dosa yang sukar diampuni.. Syaitan tertawa melihatku yang seringkali menuruti.. segala nafsu yang dibisikan di hati, tatkala akal lemah pertimbangan, iman terjunam jauh tenggelam..Jangan biarkan aku terus tenggelam Ya Allah Ya Rasulullah.. 
Hanya bimbingan dariMu kupanjatkan..

Ya Allah Ya Rasulullah, 
hanya cinta dan kasih kepadaMU yang sekelumit ini menjadi penawar dikala aku termenung sendirian. Kupanjatkan doa agar aku diberikan hidayah dan petunjuk agar terus istiqamah dalam melaksanakan perintahMu dengan penuh ikhlas dan tawaduk. Ampunilah dosa-dosaku Ya Allah. Ampunilah dosa hambamu yang hina ini Ya Allah.. 
Jangan palingkan aku dari JalanMu yang benar..



 Ya ALLAH 
Ya Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
kuserahkan Jiwa dan Raga Ini Hanya PadaMu, Ya Allah. Bimbinglah dan Bawalah Daku KepadaMu. Hambamu ini sangat jahil dan masih terpesona dengan nikmat dunia yang sementara. Ampunkanlah dosa-dosaku Ya Allah.


Thursday, June 27, 2013

Saat Itu Pasti Tiba

Assalamualaikum..
dengan lafaz bismillahirahmanirahim dengan nama allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..dan selawat dan salam kepada junjungan kita nabi Muhammad s.a.w serta kepada sahabat dan keluarga baginda.

malam jumaat ini ana duduk berehat sambil menonton Tv..cuba rehatkan diri selepas berhempas pulas selama sebulan untuk final exam ada di semester 6. Alhamdulillah ana panjatkan syukur kepadanya..segala galanya berakhir dengan baik dan ana terasa  amat amat berpuas hati  kerana telah berusaha sebaik mungkin untuk ujian kali ini. Airmata yang jatuh saat jatuh,saat peritnya berjuang, saat sayu mengenang pengorbanan ummi telah ana tebus, 
insyaallah kini ana hanya mampu berdoa dan bertawakal padaNya
moga moga keputusan kali mencapai target.
amin.

sambungan balik dari selingan sebentar tadi ye =)
ana ada menonton televisyen siaran tv9 
tajuk "saksi maut"
nak tahu siapakah yang maut itu
hamba allah itu ialah
"almarhum Ustaz Asri Rabbani"
allahu akbar..
namannya sehebat orangnya jua
pengorbanan dan jasa jasanya dalam industri nasyid dan ummah amat dikenang..
ana benar benar kagum dengan arwah, menonton "saksi maut" malam itu buat bulu roma ana meremang permergian arwah amat menakjubkan mungkin arwah salah seorang hamba allah yang mempunyai "hubungan Istimewa denga Sang Percipta"
arwah dikatakan rebah ketika sesi rakaman bersama anggota rabbani yang lain..dan arwah seperti tidur sahaja saat itu..tenang di pandangan sahabat sahabatnya,
dan ketika menguruskan jasad arwah...mukanya berpeluh peluh.

Tentang tanda-tanda samada seseorang itu akan mendapat kebajikan atau tidak, terdapat 
hadis Rasulullah saw dari Salman Al Farisi yang bermaksud: 

"Perhatikanlah tiga perkara kepada orang yang sudah hampir mati itu: 

Pertama: berpeluh pada pelipis pipinya 

Kedua: berlenang air matanya dan 

Ketiga: lubang hidungnya kembang kempis 

Itu adalah tanda bahawa rahmat Allah sedang turun dan dirasai oleh orang yang hampir mati itu. Sebaliknya jika ia mengeruh seperti tercekik, air mukanya nampak gelap dan keruh dan mulutnya berbuih, ini menandakan azab Allah sedang menimpa dia." 
(Hadis riwayat Abdullah, Al-Hakim dan At-Tarmizi) 



Amatlah beruntung seseorang itu sekiranya dia mati dalam keadaan khusnul khatimah (kebajikan) dan adalah menyedihkan sekiranya dia mati dalam keadaan suul-khatimah. 

moga arwah tenang di sisi Sang Mulia, ana terfikir subhanaallah Maha Suci ALLAH cuba kita bayangakan setiap kali video video 
nasyid nasyid Ketuhanann arwah didengarkan..mengalir bagai aliran sungai saham untuk arwah di alam sana..arwah pula banyak merekodkan lagu lagu berkonsepkan ketuhanan ditambah pula dengan album album zikirnya..
lagu nasyid arwah yang ana sangat suka "pergi tak kembali" dan "apa milik Kita"...allahu akbar jika didengarkan benar benar menginsafkan diri..molek untuk muhasabah diri..
dan 
tulis ini penulisan arwah di blognya


“Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku..
 ..::Almarhum Ustaz Asri Rabbani::...
alfatihah utuk arwah

allahu rabhi, urusan arwah dah selesai
urusan kita bagaimana pula???


apa yang anda fikir tentang kematian???
sudah bersediakah kita tuk berdepan dengannya??
apa sudah cukup kah bekalan kita diatas dunia ini tuk kita bawa ke alam sana?? 
hurm, kalau ditanya pada ana juga  tentunya belum cukup segala amal yang ana ada tuk menghadap Nya.. 
bahkan kalau dihitung barangkali tiada apa2 untukku persembahkan pada Mu ya Allah, terlalu banyak dosa yang dilakukan hambaMu ini diatas muka bumi ini... sungguh ku tak layak untuk memohon syurgamu ya Rabb namun ku juga tak sanggup tuk melangkah ke nerakaMu dan kini ku hanya mampu mengharapkan pada PengampunanMu atas segala dosa2 yang telah ku lakukan...

cuba kita sama sama muhasabah diri dengan berfikir macam mana agaknya kalau diriku DIJEMPUT tuk bertemuMU Ya ALLAH disana sedangkan ku masih leka dengan mainan dunia!!
 adakah setiap amalan2 ku selama ini diterima ya Allah atau tiada langsung yang dapat membantuku disana kelak! 

Ya Allah hidupkanlah aku dalam Islam, jadikan aku hambaMu yang bersyukur diatas segala kurniaanMu, tetapkanlah hatiku dalam keimanan dan agamaMu, dan jikalau kematian itu adalah yang terbaik bagiku maka matikanlahku dalam iman... ameen ya Rabb...

"tiap-tiap yang bernyawa pasti akan merasakan kematian. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sahajalah disempurnakan pahala kamu" (Ali Imran : 185)

"kami tidak menjadikan hidup abadi bagi seseorang manusia pun sebelummu (Muhammad) maka jikalau kamu mati, apakah mereka akan kekal?" (al-Anbiya' : 34)

"semua yang ada dibumi itu akan binasa" (al-Rahmaan : 26)

Moga-moga kita akan menemui Allah dalam keadaan khusnul khatimah dan dalam limpahan rahmat dan keampunanNya.
"biarlah dalam denyut nadi gentar jantung itu ada namaNYA"
insyaalllah moga bertemu di lain masa
wa ilal liqa' mas'as salama